MAIWP PERLU PERKASA PENGGUNAAN TEKNOLOGI DIGITAL DALAM TADBIR URUS ISLAM – NA’IM
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) perlu memperkasakan penggunaan teknologi digital dalam tadbir urus Islam serta melestarikan kesejahteraan sosial ummah, selaras dengan lima agenda yang ditetapkan tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berucap pada Majlis Amanat dan Penyampaian Warkah Penyiaran Kenaikan Pangkat Perkhidmatan MAIWP 2025 di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) perlu memperkasakan penggunaan teknologi digital dalam tadbir urus Islam serta melestarikan kesejahteraan sosial ummah, selaras dengan lima agenda yang ditetapkan tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ia penting dalam memastikan sistem pengurusan dan pentadbiran yang lebih efisien, telus serta bertanggungjawab dapat diberikan kepada umat Islam.
“Penggunaan teknologi digital dapat meningkatkan pengurusan zakat, wakaf dan hal ehwal agama Islam secara lebih cekap dan berkesan.
“Penggunaan teknologi juga membolehkan data dan maklumat dikemas kini dengan lebih teratur serta mudah diakses oleh masyarakat, selain memudahkan pemantauan dan pengurusan yang lebih baik,” katanya dalam ucapan pada Majlis Amanat dan Warkah Penyiaran Kenaikan Pangkat Pekhidmat MAIWP di sini hari ini.
Turut hadir pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya dan Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.
Lima agenda yang ditetapkan kepada semua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) adalah mengangkat pembangunan al-Quran dan hadis; meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam; memperkukuh aplikasi teknologi dalam tadbir urus; melestari kesejahteraan sosial ummah dan memperkasa perpaduan ummah dan keharmonian tamadun.
Mohd Na’im berkata MAIWP juga perlu memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam membuat hebahan mengenai usaha dan inisiatif yang dilaksanakan selain berharap majlis agama Islam itu akan meningkatkan lagi usaha menangani isu kemiskinan menerusi dasar pembangunan potensi umat Islam dalam bidang ekonomi, sosial, pendidikan, kerohanian dan akhlak di Wilayah Persekutuan.
Mohd Na’im berkata tahun ini diisytiharkan sebagai Tahun Kualiti MAIWP yang akan memfokuskan mengenai peningkatan kualiti kerja dan perkhidmatan antaranya melibatkan usaha pencegahan rasuah serta pengurusan agihan zakat yang lebih baik.
Pada majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan warkah penyiaran kenaikan pangkat pekhidmat MAIWP kepada 42 tenaga kerja MAIWP.
Sementara itu, pada sidang media, Mohd Na’im menasihatkan rakyat supaya menggunakan media sosial untuk memperkukuhkan perpaduan selain mengelakkan daripada berlakunya perpecahan antara kaum dan agama.
“Kita hendak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya dari sudut ekonomi dan ini tidak akan mampu untuk kita capai kalau masyarakatnya sentiasa tidak bersatu padu dan bermusuhan antara satu sama lain terutamanya dalam media sosial.
“Jadi saya harap masyarakat di luar sana akan sentiasa berhati-hati dalam menyentuh sesuatu isu,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests