MALAYSIA AKAN PERKENAL SKIM KECEDERAAN LINDUNGI PEKERJA DI LUAR WAKTU PEJABAT – PM ANWAR
Malaysia akan memperkenalkan Skim Kecederaan Bukan Pekerjaan bagi memastikan pekerja terus dilindungi walaupun di luar waktu pejabat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Malaysia akan memperkenalkan Skim Kecederaan Bukan Pekerjaan bagi memastikan pekerja terus dilindungi walaupun di luar waktu pejabat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pengenalan skim itu hasil kesedaran bahawa tekanan kerja tidak terhenti hanya di pintu kilang atau pintu pejabat.
“Dalam era susunan kerja yang fleksibel dan jarak jauh, pembaharuan ini akan menyelaraskan perlindungan dengan realiti cara hidup serta cara orang bekerja pada masa kini.”
“Lebih penting, ia akan meluaskan perlindungan sepanjang masa kerana kemalangan dan kecederaan tidak terikat kepada jadual tertentu,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Keselamatan Sosial Dunia 2025 di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Sumber Manusia Steven Sim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, serta Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Digital Gobind Singh Deo, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad serta Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Awal bulan ini, Sim berkata Kementerian Sumber Manusia sedang merangka pindaan terhadap Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial 24 jam kepada pekerja di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Sementara itu, Anwar berkata Malaysia juga sedang memperkukuh penggunaan sistem digital supaya perlindungan dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan inklusif.
“Kemajuan sedang berjalan, walaupun masih jauh daripada sempurna. Namun keyakinan yang memandu kita jelas: kemakmuran sebenar tidak diukur pada ketinggian bangunan pencakar langit atau keluaran dalam negara kasar (KDNK), tetapi pada maruah yang dimiliki rakyat biasa dalam menjalani kehidupan seharian mereka,” katanya.
Anwar berkata perlindungan sosial bukanlah sekadar sistem faedah birokrasi, sebaliknya merupakan infrastruktur moral.
“Peradaban awal dahulu sudah memahami perkara ini. Dalam tradisi Islam, baitulmal berfungsi memastikan kekayaan dimanfaatkan untuk membantu golongan miskin, balu, anak yatim dan warga tua. Legasi keadilan dan solidariti itu terus menjadi inspirasi kepada kita,” katanya.
Beliau berkata, berpandukan prinsip tersebut, Malaysia sedang merangka semula perlindungan sosialnya dengan meluaskan jaminan kepada golongan yang sekian lama berada di luar jaringan, termasuk pekerja tidak formal, suri rumah dan penunggang gig.
Dengan tema “Shaping Social Security For A World In Transition”, forum lima hari yang bermula hari ini menghimpunkan lebih 1,500 peserta dari lebih 135 negara bagi membincangkan pelan hala tuju global ke arah sistem keselamatan sosial yang inklusif, mampan dan bersedia untuk masa depan.
Forum itu akan mencapai kemuncaknya pada Sidang Kemuncak Keselamatan Sosial Dunia pada Jumaat ini, yang bakal menetapkan hala tuju sedekad akan datang bagi sistem keselamatan sosial dunia yang inklusif dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked