MALAYSIA AKAN SEDIAKAN BANTUAN PENDIDIKAN, KESIHATAN DI BAITULMAQDIS – PM ANWAR
PUTRAJAYA: Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Ekrima Sa’id Sabri hadir ke Majlis Ilmu Madani di Masjid Putra. – Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Ekrima Sa’id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis.
“Sheikh Dr Ekrima meminta agar kita turut membantu kemajuan di Baitulmaqdis, termasuk membaiki suasana di masjid atau madrasah-madrasah di sekitarnya.
“Saya telah berbincang bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, untuk memastikan selain daripada bantuan khusus bagi pemulihan Gaza, kita juga akan menyediakan bantuan wakaf untuk Universiti Al-Quds, madrasah, sekolah serta hospital di Baitulmaqdis,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ilmu MADANI bersama Imam Masjid Al-Aqsa.
Anwar menegaskan bahawa bantuan di Baitulmaqdis adalah sangat penting untuk meringankan beban rakyat Palestin.
“Saya berharap dengan usaha ini, kita dapat tingkatkan usaha dan meringankan beban mereka. Di Baitulmaqdis, sudah terdapat sebuah universiti yang namanya Al-Quds, tetapi (operasinya) bergantung kepada bantuan umat.
“Saya telah minta Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, bersama universiti tempatan dan sekolah untuk menjalinkan hubungan dan memperkukuh kegiatan universiti tersebut,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk meneruskan agenda membantu rakyat Palestin di Gaza dan Baitulmaqdis, serta mempamerkan nilai ihsan dan kemanusiaan yang tinggi.
“Sheikh Dr Ekrima turut hargai (Malaysia) sebagai satu daripada negara yang terkehadapan dalam perjuangkan hak rakyat Palestin, baik di Gaza mahupun di Baitulmaqdis,” katanya.
Anwar berkata kedatangan Sheikh Dr Ekrima ke Malaysia adalah satu penghormatan besar bagi negara memandangkan beliau seorang alim masyhur.
“Beliau juga yang merupakan benteng pertahanan sebagai Imam dan Katib Masjid Al-Aqsa di bumi bertuah Baitulmaqdis, Palestin,” katanya.
Terdahulu, Anwar menyertai ribuan jemaah menunaikan solat Maghrib dan Isyak yang diimamkan oleh Sheikh Dr Ekrima yang kini sedang dalam rangka lawatan ke Malaysia hingga 27 Feb ini.
Sebelum ini, Anwar berkata Malaysia akan menggerakkan usaha untuk membina sebuah sekolah, hospital, dan masjid di Gaza bagi membantu meringankan penderitaan yang ditanggung penduduk Palestin.
Perdana Menteri berkata usaha itu akan direalisasikan dengan menggembleng sinergi dan kerjasama daripada semua pihak, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat dan swasta serta seluruh rakyat. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.