MALAYSIA DALAM POSISI KUKUH GALAKKAN KERJASAMA GLOBAL BINA SEMULA GAZA – PENGANALISIS
Selain dana, Mohd Azizuddin berkata aspek lebih penting yang perlu diberi keutamaan adalah keazaman politik semua pihak terlibat dalam memastikan gencatan senjata yang bermula pada 19 Jan lepas berterusan supaya pembangunan dilaksanakan dengan lancar.
KUALA LUMPUR: Penganalisis percaya Malaysia mampu memainkan peranan untuk mengajak lebih banyak negara bekerjasama dalam membantu pembangunan semula Gaza melalui pendekatan diplomasi.
Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata pembangunan enklaf terkepung yang lebih 80 peratus musnah itu memerlukan kerjasama kolektif daripada banyak negara.
“Kita tidak mampu untuk membangunkan sepenuhnya Gaza, tetapi kita boleh gunakan langkah demokratik melalui kerjasama dengan negara Teluk yang menyediakan dana dan juga negara-negara lain,” katanya kepada Bernama.
Selain dana, Mohd Azizuddin berkata aspek lebih penting yang perlu diberi keutamaan adalah keazaman politik semua pihak terlibat dalam memastikan gencatan senjata yang bermula pada 19 Jan lepas berterusan supaya pembangunan dilaksanakan dengan lancar.
Dalam konteks itu, beliau berkata Malaysia perlu menggunakan sebaiknya peranan sebagai kuasa pertengahan dan Pengerusi ASEAN 2025 dalam usaha diplomasi untuk memastikan keamanan berterusan dapat dicapai di enklaf berkenaan.
Mohd Azizuddin berkata urusan diplomatik dan politik perlu dilaksanakan secara kondusif dan harmoni antara pelbagai pihak atas matlamat untuk membangunkan semula Gaza kerana ia bukan sesuatu yang mudah.
“Kita tahu pembangunan semula Gaza akan melibatkan Hamas, jadi banyak perkara yang negara Barat terutamanya perlu ada tolak ansur dengan Hamas untuk bersama-sama bangunkan semula Gaza,” katanya.
Mengenai komitmen kerajaan dalam pembangunan semula Gaza, Mohd Azizuddin berkata semua pihak perlu realistik dalam memberikan kritikan mereka memandangkan penglibatan Malaysia hanyalah satu daripada usaha kolektif antara banyak negara.
“Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membebankan ekonomi sebab kita hendak bina masjid, sekolah dan hospital.
“Usaha ini digerakkan oleh banyak negara, contohnya negara-negara Teluk yang saya rasa akan menjadi penyumbang dana utama untuk pembangunan semula Gaza ini,” katanya.
Berkongsi pandangan sama, Prof Dr Jatswan Singh dari Pusat Pengajian Seni Liberal dan Sains Taylor’s University berkata Malaysia mempunyai sumber mencukupi sumber untuk menangani isu dalaman.
“Kita perlu menghulurkan bantuan di peringkat antarabangsa di mana ia diperlukan,” katanya.
Menjelas lanjut, Jatswan berkata Malaysia boleh memainkan peranan lebih aktif bagi memastikan banyak negara Asia menggembleng tenaga dalam membantu pembangunan semula Gaza termasuk menerusi Persidangan Kerjasama Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).
Menurut beliau, Malaysia mempunyai kelebihan selepas bersetuju menjadi pengerusi bersama Mesyuarat Peringkat Menteri CEAPAD yang diterajui Jepun pada Julai ini.
“Malaysia perlu menggunakan diplomasinya sebaik boleh untuk mendapatkan lebih banyak negara memulakan misi kemanusiaan dan pembinaan semula Gaza,” katanya.
Pada Rabu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa Malaysia akan membina sebuah sekolah, hospital dan masjid sebagai usaha permulaan dalam membantu membangunkan semula Gaza.
Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak menyanggah usaha Perdana Menteri membantu proses pembangunan semula Gaza dengan menyarankan kerajaan memberi keutamaan untuk menyelesaikan isu dalam negara terlebih dahulu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager