Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA JADI NEGARA TUMPUAN, TRANSIT PENGGANAS: MUHYIDDIN

DALAM NEGARA

MALAYSIA JADI NEGARA TUMPUAN, TRANSIT PENGGANAS: MUHYIDDIN

SERDANG: Kerajaan telah meningkatkan kawalan keselamatan dan pemantauan khususnya di kawasan sempadan bagi mengelak negara ini menjadi transit kumpulan pengganas.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu dibuat susulan Malaysia menjadi antara tumpuan kumpulan pengganas sebagai negara transit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kita memang tahu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia adalah antara negara tumpuan transit atau sebagainya yang ada kaitan dengan kumpulan pengganas dan ini telah pun disebutkan dalam laporan kerajaan AS (Amerika Syarikat) semalam.

“Tetapi apa yang penting adalah mengenai apa (langkah-langkah) yang kita lakukan di sini (Malaysia) untuk pastikan supaya elemen-elemen sebegini tidak kita biarkan.

“Sebab itu Bahagian Counter Terrorism cawangan khas PDRM (Polis Diraja Malaysia) amat penting untuk menentukan kalau ada berlaku dan sudah pun terbukti mereka terlibat kita dah ambil tindakan menahan mereka, tuduh dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar ketika hadir pada Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan kerajaan AS mengenai keganasan pada tahun 2018 telah menyatakan peranan berterusan Malaysia sebagai ‘sumber dan titik transit’ bagi kumpulan pengganas seperti Islamic State (IS).

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, disebabkan itu juga kerajaan terpaksa menggunakan undang-undang yang ada kaitan seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan sebagainya untuk mengekang kegiatan pengganas di negara ini.

“(Laporan) bukti yang dinyatakan pentadbiran AS adalah satu kenyataan dan disebabkan itu kita terus memantau, mengambil langkah pencegahan dan lain-lain lagi dan ini (sememangnya) ada dalam pengetahuan kita,” katanya. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading