MALAYSIA SEDIA BERIKAN BANTUAN TAMBAHAN BAGI MISI KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN
Kerajaan menyatakan kesediaan memberikan bantuan tambahan bagi misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin, selepas Israel membenarkan penghantaran bantuan melalui pintu sempadannya dengan utara Semenanjung Gaza.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat, kiri) menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Huda Sungai Ara hari ini. — fotoBERNAMA
GEORGE TOWN: Kerajaan menyatakan kesediaan memberikan bantuan tambahan bagi misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin, selepas Israel membenarkan penghantaran bantuan melalui pintu sempadannya dengan utara Semenanjung Gaza.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tambahan bantuan untuk Palestin itu, boleh dilakukan kerana kerajaan masih mempunyai peruntukan untuk berbuat demikian.
“(Adakah ada tambahan bantuan) Insya-Allah, kita akan bantu sebab masih ada peruntukan, queue banyak ratus lori (untuk bantuan), jadi biar clear dulu, (supaya) pengedaran (bantuan) lebih teratur,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Huda Sungai Ara di Bayan Lepas di sini, hari ini.
Hari ini media melaporkan pengumuman pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang menyatakan Israel akan membenarkan penghantaran ‘bantuan sementara’ melalui sempadannya dengan utara Semenanjung Gaza.
Mengulas lanjut, Anwar berkata pada masa ini misi bantuan kemanusiaan dari Malaysia sememangnya sudah bersiap sedia di sempadan Rafah.
“(Berapa jumlah nilai bantuan Malaysia yang tersedia) Saya tak ingat tetapi tiga, empat kali dah. Dua kali saya minta Presiden (Mesir) Abdel Fattah El-Sisi dan dua minggu lalu dia bantu percepatkan, dan kali ketiga dah sampai, tetapi sekarang ini yang standby masih ada,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri menunaikan Solat Jumaat bersama kira-kira 2,000 jemaah di Masjid Al-Huda Sungai Ara itu.
Anwar dan jemaah lain mendengar khutbah disampaikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Fatwa Pulau Pinang Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman, sebelum menunaikan Solat Jumaat yang diimamkan Imam masjid itu Syaraafat Yaacob.
Selepas solat Perdana Menteri sempat meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah yang hadir.
Anwar dijadualkan menghadiri taklimat pembangunan Pulau Pinang di Komtar di sini, sebelum ke Program Bubuk Lambuk MADANI di Masjid Kubang Semang, Bukit Mertajam dan meninjau Bazar Ramadan Pasar Awam Seberang Jaya serta Majlis Berbuka Puasa MADANI peringkat negeri di UiTM Pulau Pinang, dalam lawatannya ke negeri itu hari ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager