Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MANGSA BANJIR DI MELAKA MENINGKAT KEPADA 250 ORANG

DALAM NEGARA

MANGSA BANJIR DI MELAKA MENINGKAT KEPADA 250 ORANG

Seramai 193 mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Alor Gajah manakala 57 mangsa masih berlindung di sebuah PPS di Melaka Tengah.

Foto Arkib

MELAKA: Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 250 orang membabitkan 66 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 179 orang daripada 53 keluarga, 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan seramai 193 mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Alor Gajah manakala 57 mangsa masih berlindung di sebuah PPS di Melaka Tengah.

Menurut kenyataan itu, antara kawasan terjejas banjir di Alor Gajah adalah Kampung Tanjong Rimau, Kampung Gadek, Pengkalan, Taman Sri Bayu 2, Kampung Panchor dan Kampung Beringin manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading