MANGSA BANJIR MENINGKAT DI BEBERAPA NEGERI PAGI INI
Situasi banjir yang melanda beberapa negeri menunjukkan peningkatan jumlah mangsa setakat 10 pagi ini dengan 4,423 orang berlindung di 34 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 4,147 orang malam tadi.
KUALA LUMPUR: Situasi banjir yang melanda beberapa negeri menunjukkan peningkatan jumlah mangsa setakat 10 pagi ini dengan 4,423 orang berlindung di 34 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 4,147 orang malam tadi.
Di KEDAH, laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan seramai 1,477 mangsa dari empat daerah iaitu Baling, Kota Setar, Pendang dan Pokok Sena ditempatkan di 11 PPS berbanding 1,285 orang malam tadi.
Menurut laman web rasmi Public Info Banjir, paras air di Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Taman Aman di Kota Setar melebihi tahap bahaya, masing-masing 1.91 meter (m) dan 2.99 m.
Di MELAKA, jumlah mangsa di Jasin turut meningkat kepada 197 orang berbanding 187 orang malam tadi yang dipindahkan ke tiga PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum dan SMK Dato Abdul Rahman Ya’kob.
Paras air di Sungai Kesang, Jasin dilapor melebihi tahap waspada iaitu 5.01 m.
Di PERAK, jumlah mangsa pula meningkat kepada 1,114 orang berbanding 1,031 orang malam tadi melibatkan penduduk dari lima daerah iaitu Perak Tengah, Kerian, Kuala Kangsar, Muallim serta Hilir Perak di lapan PPS.
Tiga sungai di negeri itu melebihi tahap bahaya iaitu di Sungai Rui dan Sungai Perak di Hulu Perak masing-masing mencatatkan ketinggian 165.98 m dan 112.01 m manakala Sungai Bidor di Hilir Perak pula 3.73 m.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di Temerloh juga meningkat kepada 1,552 yang sedang berlindung di sembilan PPS berbanding 1,481 di tujuh PPS malam tadi dan paras air di Sungai Semantan di daerah itu dilaporkan melebihi tahap amaran iaitu 36.18 m.
Di JOHOR, mangsa banjir di daerah Batu Pahat meningkat sedikit kepada 17 orang berbanding 15 orang yang berlindung di PPS SK Seri Bunut malam tadi.
Empat sungai di Batu Pahat iaitu Sungai Lenik, Sungai Simpang Kanan, Sungai Sembrong dan Empangan Sembrong juga mencatatkan paras air melebihi tahap amaran.
Di SELANGOR, Hulu Selangor dan Hulu Langat menunjukkan peningkatan mangsa daripada 46 orang kepada 66 orang yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Alah Batu dan SK Sungai Serai.
Paras air di Sungai Bernam di daerah Hulu Selangor turut melebihi tahap bahaya iaitu setinggi 27.68 m. – Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager