KUALA LUMPUR: Manhaj Rabbani hari ini diangkat sebagai dasar Islam baharu kerajaan yang akan berpaksikan tiga ciri utama iaitu Thaqafah (keilmuan), Ruuhaniyyah (kerohanian) dan Da’wah (aktivisme).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, konsep Dasar Manhaj Rabbani dilihat dekat dengan masyarakat Malaysia dan mudah difahami.
“Dasar Manhaj Rabbani adalah suatu konsep yang dekat dengan kita, jelas, mudah difahami dan mampu diterjemahkan di peringkat individu, komuniti, organisasi dan negara.
“Di peringkat agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya, saya mahu Manhaj Rabbani terus dilaksanakan dan disesuaikan dengan visi, misi dan objektif agensi,” katanya ketika berucapa pada Majlis Perhimpunan Agensi-Agensi Di Bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Ujar Zulkifli, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi pernah berkata, rabbaniyyah merupakan ciri paling utama bagi Islam dan ia merujuk kepada sifat pengabdian diri kepada tuhan, manakala ciri-cirinya banyak dinyatakan dalam Al-Quran.
Jelasnya lagi, ketika dunia dan negara sedang bergelut dengan COVID-19 serta isu-isu lain melibatkan agama, ekonomi dan sosial, dasar tersebut penting untuk dijadikan panduan dan hala tuju yang jelas.
Tambahnya teras utama kepada Dasar Manhaj Rabbani ialah Maqasid Syariah, yang dinamakan beliau sebagai Maqasid Insaniyyah Rabbaniyyah.
“Dengan kata lain, Maqasid Syariah itu adalah objektif untuk menjadi insan rabbani, organisasi rabbani bahkan negara rabbani.
“Manakala tahap pencapaiannya akan diukur dengan pelaksanaan aplikasi i-MaqSD di bawah seliaan Bahagian Maqasid Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya.
Sementara itu katanya, Dasar Manhaj Rabbani yang berteraskan Maqasid Syariah ini menjadikan tujuh prinsip utama sebagai halatuju berdasarkan akronim R.A.B.B.A.N.I.
Tujuh prinsip utama tersebut katanya ialah RAHMAT iaitu pentadbiran yang membawa mesej kasih sayang, kesusilaan dan kecaknaan merentas agama dan bangsa; AMAN membabitkan pentadbiran yang membawa mesej kesederhanaan atau wasatiyyah Islam, menolak ekstremisme (ifrat) dan Islam Liberal (tafrit), serta menyeru kepada keharmonian antara agama dan fiqh ta’ayush (coexistence); BERTUHAN iaitu pentadbiran yang menjadikan nilai-nilai agama berteraskan Maqasid Syariah sebagai paksi dalam merancang segala dasar, kaedah pelaksanaan dan solusi permasalahan.
Prinsip utama yang lain pula ialah BAKTI yang membabitkan pentadbiran yang menekankan kebajikan, kemanusiaan dan bakti kepada ummah merentasi agama dan bangsa; ADIL pula pentadbiran yang menjunjung tinggi prinsipprinsip perundangan dalam menegakkan keadilan sebagaimana yang dituntut oleh Islam dan Perlembagaan Persekutuan; manakala NURANI, pentadbiran yang mengangkat nilai kerohanian dan logik bertunjangkan wahyu dalam mendepani apa jua cabaran semasa; dan
INSANI merupakan perinsip utama terakhir yang bermaksud pentadbiran yang mempertahankan fitrah kemanusiaan dan kemuliaan insan (karamah insaniyyah).
“Kesemua tujuh prinsip ini diterjemahkan mengikut tujuh bidang keutamaan yang ada di bawah bidang pengukuran i-MaqSD iaitu Perundangan dan Kehakiman Syariah; Pendidikan dan Pembangunan Insan; Sosio Ekonomi Ummah; Dakwah dan Media; Institusi Masjid ; Kepimpinan dan Tadbir Urus; Penyelidikan dan Kefatwaan,” kata Zulkifli.
Beliau juga berkata penjelasan lanjut dan pelan tindakan berkenaan dasar tersebu akan diperincikan oleh JAKIM bersama pejabatnya dalam masa terdekat. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked