Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEJAYAAN MEMERANGI COVID-19 HAMPIR TIDAK KELIHATAN- DG HISHAM

DALAM NEGARA

KEJAYAAN MEMERANGI COVID-19 HAMPIR TIDAK KELIHATAN- DG HISHAM

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini meluahkan rasa sedih dalam menempuhi kejayaan memerangi pandemik COVID-19 selama setahun, yang masih belum berakhir.

Dalam perkongsian di akaun Facebook miliknya, beliau mengatakan bahawa kejayaan dalam memerangi COVID-19 di Malaysia hampir tidak kelihatan.

“Walaupun kita berasa penat dan lesu dari segi mental dan fizikal, kita semua perlu terus berjuang.

“Semua orang, tidak kira siapa, perlu berganding bahu memikul tanggungjawab ini demi menyelamatkan negara bersama,” ujarnya.

Tambahnya, DG Hisham menyeru orang ramai untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai topeng muka dengan betul, mencuci tangan serta menjaga penjarakan fizikal.

“Duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar, bersama-sama kita memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Kita perlu bersatu dan bersama menentang perjuangan ini. InshaAllah,” katanya.

Terdahulu, Malaysia merekodkan kes COVID-19 yang pertama pada 25 Januari 2020 yang melibatkan warga China memasuki negara melalui Tambak Johor.

Wabak tersebut pada awalnya dikenali sebagai 2019-nCov, yang berpunca dari Wuhan, China.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading