MANIPULASI AGAMA LANGGAR SYARAK, CEMAR KESUCIAN UMAT ISLAM
Agama yang diseleweng atau dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan akan membawa kepada permusuhan, kezaliman, penindasan dan putusnya hubungan baik sesama manusia; malah lebih teruk daripada itu berupaya meruntuhkan sesebuah negara.
FUNGSI agama sebagai alat integratif dalam masyarakat dan menjamin kesejahteraan hidup manusia melalui aturan cara hidup dan sistem moral serta sosial masyarakat itu akan punah apabila disalahguna dengan cara menyimpang dari tujuan asal.
Agama yang diseleweng atau dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan akan membawa kepada permusuhan, kezaliman, penindasan dan putusnya hubungan baik sesama manusia; malah lebih teruk daripada itu berupaya meruntuhkan sesebuah negara.
Perbuatan memperalatkan agama seperti memanipulasi nas-nas syarak sama ada ayat Al-Quran atau Sunnah untuk kepentingan diri sendiri ataupun kumpulan sendiri juga termasuk dalam penyalahgunaan agama ini.
Menurut Ustaz Abdullah Shahir Arifin, Pengetua Kolej AlQuran Sayyidina Ali dalam rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah Sabtu lalu, mempergunakan agama atau dalam bahasa yang agak kasar sedikit sebagai memperalat atau menunggang agama, maksudnya sama.
“Mereka yang bersikap buruk ini akan banyak membuat dakwaan kononnya suruhan agama atau maksud Al-Quran sedemikian. Nas ada, hadis pula sahih tapi maksudnya dimanipulasi untuk kepentingan tertentu,” kata beliau dalam temubual bertajuk “Agama bukan alat kepentingan diri” itu.”
Fenomena buruk yang sedang dihadapi ini perlu dipandang serius kerana justifikasi agama ini sering digunakan untuk mengelabui jenayah yang dibuat seperti rasuah.
“Contohnya mereka nyatakan rasuah tersebut adalah sedekah. Manipulasi perbuatan yang menyalahi syarak ini akhirnya dipandang suci oleh mereka yang cetek ilmu” tambah beliau.
Perbuatan ini menimbulkan banyak implikasi buruk terutama sekali menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam dan menyebabkan Islam tercemar.
“Tidak dapat tidak apabila berlaku kekeliruan, secara tidak langsung imej Islam akan tercemar. Sebagai contoh orang yang menganggap rasuah itu sebagai sedekah, tentulah imej agama yang penuh dengan integiriti dan mengangkat tinggi nilai-nilai moral, akhlak yang terpuji itu tercemar dan buruk dalam kalangan orang luar atau bukan beragama Islam,” jelas Ustaz Abdullah.
Menurut beliau lagi, punca manusia sanggup memperalat agama adalah ekoran sikap buruk dan niat jahat dan sikap suka menangguk di air keruh demi mencapai kepentingan-kepentingan diri sendiri. Manusia sebegini tidak rasa bersalah memijak orang lain, menzalimi manusia lain sehinggalah ke tahap menggunakan kepentingan agama bagi mencapai maksud tersebut selagi mana ia boleh dipergunakan.
Keadaan ini pula disokong oleh kewujudan masyarakat yang cenderung untuk mempercayai tindakan mereka oleh sebab jahil ilmu dan kurang bijak menilai. Isu kejahilan merupakan isu besar yang perlu dirawat dalam masyarakat untuk menangani masalah ini.
Masyarakat pada hari ini yang semakin berminat untuk kembali pada agama dan mengamalkan Islam secara yang betul perlulah dipandu supaya mereka yang cetek ilmu tidak mudah didakyahkan oleh golongan yang suka mengambil peluang dan berniat buruk terhadap agama ini.
“Orang yang suka memperalatkan agama melihat perkara (agama) yang dijual mereka dibeli, disokong dan diminati, maka fenomena itu semakin buruk dan perlu dibanteras.
“Ini kerana masyarakat umum kita cepat tertarik dengan penampilan Islamik dan bercakap dengan nada yang lembut dan cepat mengagungkan orang sebegini tanpa melihat dalaman mereka,” kata Ustaz Abdullah.
Meninjau sejarah, perbuatan memanipulasi agama untuk mewajarkan tindakan bertentangan agama telah digunakan pada zaman pemerintahan Saidina Ali. Pada waktu tersebut golongan Al-Khawarij sanggup melakukan pembunuhan bagi mereka yang bermusuh dengan mereka.
Pembunuhan Saidina Ali dilakukan dengan justifikasi yang direka khusus untuk tindakan tersebut iaitu dengan mengkafirkan Saidina Ali secara menafsirkan ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu. Tragedi berdarah ini membuktikan mereka dalam kalangan arif agama tidak terkecuali terjebak dalam jenayah dengan memanipulasi dalil yang terpakai untuk orang kafir kepada sesama Islam.
Isu berat seperti mengkafirkan orang lain yang seagama tetapi berbeza pemikiran tidak patut diamalkan dan sangat menyimpang dari nilai agama yang mementingkan adab tata cara dalam perbezaan pendapat.
Untuk membendung perkara ini dari terus berlanjutan, kita mesti mempromosi cara beragama yang betul dalam kalangan orang awam, memahamkan mereka bahawa nas sahih itu memerlukan kefahaman yang sahih. Orang awam perlu ada sikap kritis dan suka mengkaji semula apa yang sampai kepada mereka dan mengelak dari bersikap menelan bulat-bulat segala yang terpampang di depan mata. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager