Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEKUMPULAN LELAKI MERUSUH DI PANDAN INDAH

DALAM NEGARA

SEKUMPULAN LELAKI MERUSUH DI PANDAN INDAH

Sekumpulan lelaki bertindak agresif apabila melakukan rusuhan di sebuah restoran di Padan Indan, di sini, malam tadi.

Sumber Gambar: Media Sosial

PETALING JAYA: Sekumpulan lelaki bertindak agresif apabila melakukan rusuhan di sebuah restoran di Padan Indan, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku sekitar jam 10.00 malam, yang melibatkan dua kumpulan lelaki dipercayai sedang berkumpul di kedai sebelum berlaku pergaduhan.

Berikutan video yang tular berdurasi selama 30 saat memaparkan pergaduhan melibatkan lebih daripada 10 orang lelaki yang berbalas pukulan, dan membaling kerusi kepada individu lain.

Dimaklumkan bahawa, kejadian tersebut berpunca daripada sindiran di media sosial mengenai rancangan menggabungkan dua kumpulan kelab motosikal.

“Mereka dikatakan tidak puas hati lalu mengadakan perjumpaan di restoran sebelum berlakunya pergaduhan di antara dua kumpulan itu.

“Pihak polis telah menahan lapan individu antara 19 sehingga 33 tahun yang terlibat dalam pergaduhan.

Beberapa suspek yang masih bebas sedang diburu polis.–AlHijrah online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading