KUALA LUMPUR – Pemansuhan hukuman mati mandatori tidak bermaksud
hukuman mati di bawah undang-undang dimansuhkan sama sekali, kata Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.
Beliau berkata sebaliknya, kerajaan mencadangkan agar hakim diberi budi
bicara yang lebih meluas dalam menjatuhkan hukuman selain hukuman mati iaitu
penjara seumur hidup atau dipenjarakan bagi tempoh tertentu berdasarkan fakta
kes.
Sekiranya hukuman yang dijatuhkan hakim dianggap tidak memadai,
pendakwa raya masih boleh menfailkan rayuan ke mahkamah atasan.
“Terdapat 33 kesalahan di bawah akta sedia ada yang membawa
hukuman mati dengan 11 daripadanya adalah mandatori. Mandatori bermaksud bahawa
apabila seseorang itu didapati bersalah, maka mahkamah tidak ada pilihan lain,
melainkan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati,” katanya dalam temu
bual eksklusif bersama Bernama.
Beliau berkata, bagi 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori,
sembilan daripadanya adalah jenis kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan dua lagi
di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
“Bagi 22 daripada 33 kesalahan itu, mahkamah ada budi bicara untuk
menjatuhkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.
Itu terpulang kepada mahkamah selepas mendengar semua faktor perundangan dan
fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman yang ada,” katanya.
Rang undang-undang bagi meminda hukuman mati mandatori dijangka
dibentang pada Oktober ini di Dewan Rakyat selepas kerajaan memutuskan tempoh
hukuman penjara yang setimpal sebagai alternatif kepada hukuman maksimum itu.
Liew berkata cadangan memansuhkan hukuman mati mandatori itu bukan
perkara baharu dan tidak dibuat secara terburu-buru seperti yang
digembar-gemburkan pihak tertentu kerana kajian berhubung hukuman mati itu telah
dimulakan kerajaan terdahulu, seawal 2010.
Beliau berkata kajian berhubung pemansuhan hukuman itu dilaksanakan
I-CeLLS di bawah naungan kerajaan terdahulu, dikenali sebagai ‘The Death
Penalty in Malaysia and the Way Forward’, sekitar 2013 dan antara yang
disyorkan kajian itu adalah kesemua hukuman mati di Malaysia dimansuhkan sama
sekali.
Justeru, Liew menegaskan isu pemansuhan hukuman mati mandatori itu
tidak seharusnya dipolitikkan.
Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk mengkaji hukuman alternatif
yang memadai untuk setiap kesalahan (selain daripada hukuman mati) dan aspek
teknikal berkaitan dengan pemansuhan hukuman mati mandatori.
Jawatankuasa itu akan terdiri daripada wakil agensi kerajaan, pakar
perundangan, ahli akademik, pertubuhan masyarakat sivil dan pihak
berkepentingan.
“Kerajaan bersedia mendengar suara setiap lapisan masyarakat
termasuk pertubuhan masyarakat sivil dan golongan minoriti agar undang-undang
baharu itu lebih bersifat inklusif, holistik dan efektif,” tambahnya.
Beliau juga berkata pihaknya akan ‘turun padang’ untuk memberi
penerangan secara terperinci kepada masyarakat umum agar lebih jelas mengenai
perkara itu. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.