MARATHON 18 EPISOD PECAH SIARAN SYAMSUL DEBAT SEMPENA SYAWAL
Siapa tidak kenal wajah paling trending di media baharu – Syamsul Debat. Klip pendek video ceramahnya dikongsi ratusan ribu pengguna maya kerana jenaka inteleknya yang mencuit hati. Loghat Nogori ala Minangkabaunya sangat menambat rasa dalam membina motivasi kekeluargaan.
Permintaan penonton terhadap program ini menyebabkan TV Alhijrah memilih untuk menjadikan sambutan minggu pertama Syawal kali ini, bertemakan Marathon Pecah Siaran Syamsul Debat dengan siaran 18 episod program dalam enam hari.
Pada tiga hari raya pertama, TV Alhijrah akan menyiarkan marathon berkembar dua episod berturut-turut program ini mulai 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Manakala siaran seterusnya pada 9.30 malam.
Pada Raya Keempat hingga Raya Keenam, rakaman episod khas di Balai Bomba Jalan Hang Tuah ini akan disiarkan pada 12.00 tengahari hingga 1.00 petang. Siaran malamnya pula pada 10.30 malam.
Selain ceramah jenaka sinis tetapi manis Syamsul Debat, TV Alhijrah tidak ketinggalan menyediakan program muzikal Hiburan Mendidik Jiwa. Selama 30 minit, penonton berpeluang menyaksikan kombinasi persembahan live band dan ceramah Penghayatan Syawal.
Tazkirah akan disampaikanUstaz Fakhrul Razi dan Ustaz Mohd Afdhalluddin. Program ini bakal menemui penonton pada 8 dan 9 Julai 11.30 malam.
#SyawalSatuKemenangan diteruskan lagi dengan rali Cinta Ilmu Istimewa Aidilfitri.
Program ini bersiaran selama enam 6 hari mulai Hari Raya Pertama setiap jam 6.05 petang.
Wajah-wajah ilmuan terkenal akan mewarnai Cinta Ilmu Syawal yang menampilkan Datuk Badli Shah Alauddin, Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, Ustaz Syed Norhisyam, Ustaz Ebit Lew dan Ustazah Isfadiah Dasuki.
Ayuh raikan #SyawalSatuKemengan senagai perayaan yang ceria dan berilmu.
Jangan lupa: Dari Anas r.a: Sabda Rasulullah S.A.W, “Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya Aidiladha dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.”