MARTABAT PERUNDANGAN SYARIAH PERLU SELARAS DENGAN KERANGKA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Setiap peruntukan yang dicadang dan digubal pada peringkat perundangan syariah perlu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan supaya tidak menjadi masalah kepada rakyat.
Ahli panel yang juga Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, Wan Adam Al Baqir Mohd Nordin (tengah) menyampaikan hujahnya sambil disaksikan Mat Wi Abd Rahman (kiri) selaku moderator dan peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya Nik Saiful Adli Burhan (kanan) semasa Forum Jiwa MADANI bertajuk Pengukuhan Kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan hari ini. –fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Setiap peruntukan yang dicadang dan digubal pada peringkat perundangan syariah perlu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan supaya tidak menjadi masalah kepada rakyat.
Peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya Nik Saiful Adli Burhan berkata hal ini kerana jika terdapat perkara yang dibincangkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan ia akan terbatal dan tidak sah.
“Nasihat saya adalah kita jangan mudah terpengaruh cakap-cakap orang politik mengenai perundangan negara kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan.
“Perlembagaan undang-undang adalah yang tertinggi negara, tidak kira orang itu dari parti politik mana, kerja apa, mesti kena akur dengan keputusan yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada Forum Jiwa MADANI ‘Pengukuhan Kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia’ di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, di sini, hari ini.
Turut menjadi panel pada sesi itu adalah Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, Wan Adam Al Baqir Mohd Nordin, manakala Pegawai Jabatan Penerangan Negeri Kelantan (JaPen) Mat Wi Abd Rahman bertindak selaku moderator.
Sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata kerajaan sentiasa komited memartabatkan perundangan syariah di Malaysia selaras Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia MADANI 2023-2027, iaitu dokumen dasar yang menjadi rujukan utama mengenai hala tuju, perancangan dan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan.
Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Zamri Zainal Abidin merasmikan program itu yang dihadiri 378 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Zamri berkata tujuan program itu diadakan adalah untuk menangkis persepsi negatif masyarakat mengenai sistem perundangan syariah di negara ini termasuk petisyen yang dikemukakan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
Mahkamah Persekutuan pada 9 Feb lalu dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah atas alasan Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal peruntukan itu kerana terdapat undang-undang Persekutuan meliputi kesalahan sama. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked