Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASAK MI SEGERA DI STESEN MINYAK, EMPAT INDIVIDU DIDENDA RM500

DALAM NEGARA

MASAK MI SEGERA DI STESEN MINYAK, EMPAT INDIVIDU DIDENDA RM500

Terdahulu tular di media sosial sekumpulan lelaki dan wanita memasak mi segera menggunakan dapur gas mudah alih dan menjamu selera di perkarangan stesen berkenaan.

Foto: Bernama

BENTONG: Seorang lelaki dan tiga wanita yang memasak mi segera di stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini didenda RM500 setiap seorang selepas mereka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bentong, di sini, hari ini.

Kesemua tertuduh termasuk seorang pembantu pergigian dan ejen hartanah didakwa memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Taman Cendawan, Genting Highlands pada 12 Mei lebih kurang jam 1.30 pagi, yang merupakan satu perbuatan gopoh hingga membahayakan keselamatan diri dan orang lain

Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran Ji, Nurfatin Irdina Shahrulnizam dan Nur Anis Salleh, masing-masing berusia 24 tahun dan Nur Azira Azman, 23 tahun dituduh di bawah Seksyen 336 kanun keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, manakala kesemua tertuduh yang berasal dari Melaka tidak diwakili peguam.

Terdahulu tular di media sosial sekumpulan lelaki dan wanita memasak mi segera menggunakan dapur gas mudah alih dan menjamu selera di perkarangan stesen berkenaan.

Turut kelihatan dalam video berdurasi satu minit dua saat itu, sebuah kereta peronda yang memasuki stesen minyak itu, namun kumpulan terbabit tidak menghiraukan kehadiran polis dan menyambung aktiviti yang dilakukan – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading