Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASJID AT-TAQWA TTDI SIASAT DAKWAAN LAYANAN KASAR AHLI KARIAH

DALAM NEGARA

MASJID AT-TAQWA TTDI SIASAT DAKWAAN LAYANAN KASAR AHLI KARIAH

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur sedang mengenal pasti serta menyiasat dakwaan berhubung layanan kasar ahli kariah terhadap jemaah yang hadir ke masjid berkenaan.

KUALA LUMPUR: Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, sedang mengenal pasti serta menyiasat dakwaan berhubung layanan kasar ahli kariah terhadap jemaah yang hadir ke masjid berkenaan.

Menerusi hantaran ringkas di Facebook rasmi masjid berkenaan, tindakan juga akan diambil untuk memastikan isu itu tidak berulang pasa masa akan datang.

“Pihak masjid dengan rendah diri menginsafi dan memohon maaf di atas apa yang berlaku.

“Kami sedang mengenal pasti dan menyiasat dakwaan mengenai layanan kasar terhadap jemaah. Kami juga akan mengambil tindakan untuk memperbaiki supaya ianya tidak akan berlaku pada masa akan datang,” kata hantaran itu.

Sebelum ini tular beberapa dakwaan di media sosial berhubung layanan ahli kariah yang kasar terhadap jemaah yang ingin beribadah di masjid berkenaan.

Antara dakwaan itu termasuk layanan berbeza melibatkan golongan elit dengan jemaah berstatus biasa.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading