Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT BAYI MASIH BERTALI PUSAT DIBALUT TELEKUNG DITEMUKAN DALAM TANDAS

DALAM NEGARA

MAYAT BAYI MASIH BERTALI PUSAT DIBALUT TELEKUNG DITEMUKAN DALAM TANDAS

Mayat bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat ditemukan di tandas awam di Taman Bandaraya Bukit Serindit, di sini awal pagi tadi.

BUKIT SERINDIT: Mayat bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat ditemukan di tandas awam di Taman Bandaraya Bukit Serindit, di sini awal pagi tadi.

Bayi tersebut dipercayai baru dilahirkan sebelum ditinggalkan dalam keadaan dibalut menggunakan telekung sebelum diletakkan dalam beg kain.

Kejadian sekitar jam 9:40 pagi itu disedari oleh seorang pekerja pembersihan tandas tersebut semasa ingin membersihkan tandas awam tersebut.

Sakski kejadian, Baharudin Bachik, 57, berkata, pada awalnya dia bersama rakannya baru memulakan kerja-kerja pembersihan di tandas berkenaan sebelum menjumpai sebuah bungkusan.

Rakannya itu kemudian cuba mengalihkan bungkusan berkenaan sebelum merasakan seakan-akan kepala bayi sebelum memintanya untuk membuka bungkusan berkenaan.

“Saya buka bungkusan beg itu, saya nampak kaki budak, dia bungkus dalam telekung, bungkus dalam telekung dan letak di dalam beg,” katanya semasa ditemui di lokasi kejadian, pagi tadi.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading