Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT MUHAMAD HAFIZ DITEMUI SELEPAS LAUNGAN AZAN

DALAM NEGARA

MAYAT MUHAMAD HAFIZ DITEMUI SELEPAS LAUNGAN AZAN

BENTONG: Mayat remaja yang dilaporkan hilang ketika beriadah di air terjun Lata Hammer dekat Jalan Lama, Bentong-Gombak Ahad lalu, ditemukan kira-kira pukul 11.50 pagi tadi, tidak lama selepas laungan azan daripada salah seorang ahli keluarga.

Mangsa dikenali sebagai Muhamad Hafiz Khairul Azmi, 22, merupakan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat dalam keadaan terapung kira-kira lima meter dari tempat mangsa dipercayai lemas.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Bentong untuk dibedah siasat,” katanya.

Dalam kejadian Ahad lalu, kegembiraan lapan sahabat beriadah di air terjun Lata Hammer bertukar tragedi selepas salah seorang daripadanya dikhuatiri lemas. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading