IPOH: Pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini menyaksikan ramai pihak terkesan dan memerlukan bantuan.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan bagi mengekang penularan wabak tersebut turut memberi kesan kepada petugas media secara sambilan dan kontrak.
Prihatin dengan situasi getir yang dilalui petugas-petugas media sambilan dan kontrak di Perak, Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) tampil memberi bantuan.
Ketua Pegawai Eksekutif Mb Inc, Anuar Zainal Abidin berkata, bantuan kotak makanan terbabit adalah tanda kepekaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu terhadap pengamal media yang turut terkesan namun mungkin terlepas pandang untuk turut layak mendapat bantuan.
“Jadi di sini merupakan salah satu inisiatif kita, kita mulakan dengan rakan-rakan media. Selain membantu rakyat di negeri Perak yang terjejas ekoran COVID-19, rakan media juga wajar dibantu.
“Selain staf-staf serta ahli keluarga, kita rasa golongan media juga seperti keluarga MB Inc. Mereka juga terjejas jadi hari ini kita tampil untuk membantu mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada 40 petugas media sambilan dan kontrak di Ipoh hari ini.
Program sumbangan tersebut adalah inisiatif bersama MB Inc dengan Kelab Sukan Dan Kebajikan Media Perak (KSKMP).
Menurut Anuar, bantuan kepada petugas media Perak itu adalah sumbangan pertama untuk fasa kedua penyerahan kotak makanan MB PKP.
Ujar beliau, sebanyak 14,000 kotak makanan telah disumbangkan kepada mereka yang terjejas untuk fasa pertama yang dijalakan Mac hingga Jun lalu.
Katanya, selain kotak makanan MB Inc turut menyampaikan bantuan wang tunai serta barangan elekrtik kepada golongan terjejas termasuk petugas barisan hadapan.
Ujar Anuar, sumbangan terbabit adalah inisiatif menyahut saranan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk berkongsi pulangan keuntungan syarikat dengan masyarakat.
Sementara itu, Presiden KSKMP, Rosli Mansor Ahmad Razali berkata, sumbangan tersebut besar ertinya terutama kepada rakan media yang terjejas pendapatan.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih lah kepada Perbadanan Menteri Besar ye, MB Inc kerana telah menjalinkan kerjasama dengan Kelab Sukan Dan Kebajikan Media Perak dalam membantu rakan-rakan pengamal media terutama kepada pekerja media sebagai pekerja sambilan dan yang secara kontrak.
“Pendapatan mereka amat terhad lah dan kekangan yang ekonomi yang mereka hadapi sekarang ini dapat diringankan sedikit lah dengan sumbangan yang diberikan oleh MB Inc,” katanya.
Menurut Rosli Mansor, walaupun berdepan dengan kesukaran, petugas media yang bertugas di lapangan sepanjang PKP masih menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
Ujar beliau, petugas media juga sebahagian daripada petugas barisan hadapan tetapi malangnya kerap kali nasib mereka terlepas pandang.
Justeru katanya, KSKMP bertindak sebagai penyelaras kepada bantuan yang disalurkan pelbagai pihak kepada pengamal media yang bertugas. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests