Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MEDIA SOSIAL: KERAJAAN BAKAL HALANG AKSES BAWAH 16 TAHUN, PERKETAT KAWALAN KANDUNGAN REMAJA

DALAM NEGARA

MEDIA SOSIAL: KERAJAAN BAKAL HALANG AKSES BAWAH 16 TAHUN, PERKETAT KAWALAN KANDUNGAN REMAJA

Kerajaan sedang bergerak ke arah menghalang kanak-kanak di bawah umur 16 tahun daripada mengakses platform media sosial serta memperketat kawalan kandungan bagi remaja di bawah 18 tahun.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang bergerak ke arah menghalang kanak-kanak di bawah umur 16 tahun daripada mengakses platform media sosial serta memperketat kawalan kandungan bagi remaja di bawah 18 tahun.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah tegas itu adalah sebahagian daripada 10 perundangan subsidiari yang kini sedang dirangka oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866).

“Di bawah perundangan subsidiari ini, penyedia perkhidmatan perlu memastikan platform mereka tidak boleh diakses oleh pengguna di bawah umur 16 tahun, manakala kandungan yang disampaikan kepada golongan bawah 18 tahun mestilah bersesuaian dengan umur mereka,” katanya dalam satu jawapan bertulis di Parlimen, hari ini.

Menurutnya lagi, penyedia perkhidmatan dalam talian turut diwajibkan untuk menawarkan pilihan tetapan dan kawalan ibu bapa atau parental control yang berkesan selaras dengan garis panduan komuniti, selain perlu menyediakan pelan keselamatan dalam talian yang memperincikan langkah pematuhan mereka.

Fahmi turut menegaskan bahawa MCMC kini sedang meneliti kaedah praktikal bagi tujuan pengesahan umur dan identiti pengguna pada platform dalam talian bagi mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading