Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MENTERI PERTAHANAN YAMAN SELAMAT DARIPADA SERANGAN ROKET HOUTHI

DUNIA

MENTERI PERTAHANAN YAMAN SELAMAT DARIPADA SERANGAN ROKET HOUTHI

SANAA: Menteri Pertahanan Yaman terselamat daripada serangan roket pemberontak Houthi di wilayah barat laut Maarib, demikian menurut sumber tentera.

Agensi Berita Anadolu memetik sumber tentera itu melaporkan, serangan terbabit menyasarkan ibu pejabat Kementerian Pertahanan ketika Mohammed al-Maqashi dan komander pakatan tentera pimpinan Saudi hadir mesyuarat.

Dua askar terbunuh dalam serangan itu. Tiada sebarang komen dikeluarkan kumpulan Houthi Syiah berhubung insiden itu.

Kumpulan Houthi menguasai wilayah Sirwah di Maarib dan menggunakan puncak gunung untuk menyasarkan ibu pejabat kerajaan dan kawasan kejiranan penduduk.

Yaman dilanda keganasan dan kekacauan sejak 2014 apabila Houthi menguasai hampir seluruh negara, kecuali Sanaa.

Krisis itu memuncak pada 2015 di mana pakatan tentera pimpinan Saudi melancarkan kempen udara yang bertujuan untuk menggulingkan wilayah yang dikuasai puak Houthi.

Sejak itu, puluhan ribu warga Yaman termasuk orang awam, dipercayai terbunuh dalam konflik itu manakala 14 juta juta rakyat berisiko kebuluran. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading