Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GODAM WHATSAPP: FACEBOOK SAMAN FIRMA ISRAEL

DUNIA

GODAM WHATSAPP: FACEBOOK SAMAN FIRMA ISRAEL

NEW YORK : Gergasi teknologi Facebook, semalam mengumumkan bahawa ia menyaman sebuah firma pengawasan dalam talian Israel, Kumpulan NSO, yang didakwa menggodam pengguna perkhidmatan mesej popularnya, WhatsApp, antara April dan Mei tahun ini, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Dalam aduan setebal 15 muka surat yang dikemukakan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di San Francisco, melalui salinan disiarkan oleh The Washington Post, Facebook menggariskan serangan penggodaman ke atas lebih 100 aktivis hak, pemberita, pegawai kerajaan, diplomat dan penentang politik.

Menurut Will Cathcart, ketua WhatsApp, Kumpulan NSO telah menggunakan kekurangan dalam aplikasi mesej itu untuk menggodam telefon dan menghantar perisian hasad ke peranti mudah alih sejumlah pengguna yang akan membolehkan pelanggannya secara rahsia mengintip pemilik peranti.

“Ini sepatutnya menjadi panggilan kejut kepada syarikat-syarikat teknologi, kerajaan dan semua pengguna Internet.

“Peralatan yang membolehkan pengawasan dilakukan terhadap kehidupan peribadi kita telah disalah guna, dan percambahan teknologi ini di dalam tangan syarikat-syarikat dan kerajaan yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kita semua berdepan risiko,” tulis Cathcart dalam The Washington Post.

Cathcart berkata, syarikat teknologi yang berpangkalan di Tel Aviv itu adalah ‘amat canggih’ dalam melaksanakan penggodaman serta pintasan, namun penyiasat berjaya mengesan tindakan mereka dan percubaan mereka untuk menutup jejak mereka tidak begitu membuahkan hasil.

Dakwaan bahawa NSO telah menggunakan WhatsApp untuk menggodam telefon mencetuskan bantahan global dan kutukan meluas daripada kumpuan privasi dalam talian apabila ia didedahkan pada Mei.

Pada masa itu, NSO berkata, ia akan menyiasat perkara tersebut. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading