MEREKA TIDAK BOLEH PENJARAKAN AKAL DAN JIWA KAMI – BEKAS TAHANAN ISRAEL
“Mereka menahan saya yang ketika itu baru sebulan mengandung anak sulung dan saya dikurung dalam penjara bawah tanah yang tiada cahaya matahari boleh menembusinya. “
ISKANDAR PUTERI: “Mereka boleh penjarakan kami, tetapi mereka tidak boleh kurung akal dan jiwa kami, malah janji Allah tentang kemenangan kepada mereka yang sabar menguatkan lagi semangat kami ketika di penjara.”
Demikian luahan seorang wanita Palestin, Samar Sbeih, 39, ketika berkongsi pengalaman pahit berada di dalam penjara rejim Israel sekitar 2005.
Ibu kepada tiga orang anak itu, berkata dia merupakan seorang aktivis yang menentang kekejaman Israel dan telah ditahan tanpa alasan kukuh.
“Mereka menahan saya yang ketika itu baru sebulan mengandung anak sulung dan saya dikurung dalam penjara bawah tanah yang tiada cahaya matahari boleh menembusinya.
“Saya juga dinafikan makanan dan ubat-ubatan untuk menjaga kandungan,” katanya ketika ditemui selepas majlis minum petang bertemakan ‘What’s Behind the Caged Eyes’ anjuran MyCARE Johor, di sini semalam.
Turut hadir pada majlis itu Pengurus MyCARE Johor Rozi Abdul Ghani dan Pengurus Besar Econsave Mas Imran Adam.
Di penjara, Samar berkata dia turut menyaksikan kekejaman Israel terhadap rakan Palestin yang lain termasuk ke atas wanita dan remaja.
“Terlalu banyak kekejaman zionis sehingga tidak cukup sehari kalau mahu diceritakan satu persatu,” katanya yang bersalin dalam keadaan kaki dan tangannya turut diikat.
Samar turut diberi jolokan “ibu kepada tahanan paling muda” kerana selepas bersalin bayi lelakinya turut ditahan dan mereka hanya dibebaskan tiga tahun selepas itu.
“Selepas keluar dari penjara, saya dan anak mengambil masa untuk kembali kepada masyarakat akibat trauma dikurung dalam penjara bawah tanah terlalu lama.
“Alhamdulillah, atas bantuan ahli keluarga dan rakan-rakan, saya kembali aktif dan dapat bercerita kisah kekejaman Israel agar mereka di luar sana tahu mengenainya,” katanya dalam Bahasa Arab, yang diterjemahkan oleh sukarelawan MyCARE Johor Nurhanis Abdul Halim.
Samar berkata anak sulungnya itu kini berusia 16 tahun dan telah berjaya menghafaz al-Quran, selain dua lagi anaknya yang merupakan pasangan kembar lelaki dan perempuan berusia 13 tahun.
Sementara itu, aktivis Palestin Abeer Z Barakat berkata antara masalah utama dihadapi wanita Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim zionis Israel ialah kesan psikologi.
“Kebanyakan wanita yang berdepan kekejaman Israel tidak mempunyai ruang untuk meluahkan perasaan, sebaliknya hanya memendamkannya sehingga kadangkala membawa kepada pelbagai masalah lain di Gaza. Jadi, kita cuba bantu mereka,” katanya yang setakat ini telah membantu kira-kira 250 wanita Palestin.
Setakat April lepas, seramai 4,450 rakyat Palestin berada di penjara rejim zionis termasuk 160 kanak-kanak dan 32 wanita, dengan 549 daripada keseluruhan tahanan terbabit menjalani hukuman penjara seumur hidup manakala 499 individu sudah lebih 20 tahun dikurung dan dipenjarakan tanpa kesalahan yang jelas. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests