ULAMA MAIN PERANAN PENTING, JADI RUJUKAN KERAJAAN – AHMAD ZAHID
Ahmad Zahid berkata pandangan daripada golongan ulama mampu memastikan hala tuju yang ditentukan dalam polisi atau dasar adalah berpandukan al-Quran dan Sunnah.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kanan) mengaminkan doa pada Program Liqa Perdana Ilmuan Ahli Sunnah Wal Jamaah Bersama Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria semalam. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Ulama memainkan peranan penting dalam sesebuah kerajaan yang dibentuk kerana golongan terbabit menjadi rujukan sebelum sesuatu polisi atau dasar dilaksanakan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ketika menyampaikan ucapan aluan pada majlis Liqa’ Perdana Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah di kediaman rasmi Sri Satria di sini semalam, Ahmad Zahid berkata pandangan daripada golongan ulama mampu memastikan hala tuju yang ditentukan dalam polisi atau dasar adalah berpandukan al-Quran dan Sunnah.
“Setiap polisi atau dasar yang akan dilaksanakan mesti dirujuk dengan ulama agar segala usaha yang kita lakukan adalah atas nasihat dan doa ulama…insya-Allah matlamat untuk capai negara sejahtera akan tercapai,” katanya.
Ahmad Zahid berkata kombinasi jalinan kerjasama antara pemimpin dan ulama dapat memastikan setiap permasalahan yang dihadapi negara dapat diatasi berpandukan ajaran Islam.
Beliau berkata teguran dan nasihat daripada golongan ulama adalah dialu-alukan bagi memastikan kepimpinan negara sentiasa mendapat keberkatan.
Bagi memperkukuh mekanisme semak dan imbang polisi atau dasar yang diperkenal kerajaan, Ahmad Zahid berkata majlis agama bersama ulama menjadi platform penting untuk membantu kerajaan mencambahkan pelbagai idea ke arah memartabatkan Islam.
Katanya, ulama merupakan obor kepada masyarakat dan berperanan memberi pencerahan dalam semua sudut kehidupan manusia berdasarkan al-Quran, Sunnah, ijmak dan qias.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid menasihatkan para ulama agar tidak menyalah guna ayat al-Quran, Hadis, ijmak dan qias untuk mencapai matlamat politik sebaliknya memanfaatkan ilmu berkenaan untuk memperkukuh serta menjaga kesucian Islam.
“Sekiranya kita jaga perkara ini, ada niat yang baik untuk perkuatkan agama kita, insya-Allah, Allah pasti jaga kita. Jangan jadikan agama sebagai tunggangan,” katanya.
Beliau berkata Kerajaan Perpaduan, yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diwujudkan bagi memastikan setiap lapisan rakyat negara pelbagai kaum dan agama di Malaysia bersatu padu serta saling menghormati walau dalam apa jua situasi. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked