RUJUK PEJABAT KADI SEBELUM ANJUR AKTIVITI LIBAT AGAMA, BUDAYA DI JOHOR
Umat Islam di Johor dinasihatkan agar merujuk ke pejabat kadi daerah sebelum menganjurkan majlis melibatkan agama serta budaya khususnya aktiviti tradisional yang mempunyai unsur pemujaan dan kerasukan seperti persembahan kuda kepang.
Tangkap layar daripada video-video yang tular di aplikasi Tiktok.
MUAR: Umat Islam di Johor dinasihatkan agar merujuk ke pejabat kadi daerah sebelum menganjurkan majlis melibatkan agama serta budaya khususnya aktiviti tradisional yang mempunyai unsur pemujaan dan kerasukan seperti persembahan kuda kepang.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata semakan perlu dibuat terlebih dahulu bagi mengelakkan usaha untuk memelihara dan memartabatkan kebudayaan menjadi aktiviti yang boleh menjejaskan pegangan agama.
“Galakan untuk merujuk ke pejabat kadi daerah ini bukan hanya melibatkan aktiviti kebudayaan, namun mana-mana pihak atau individu yang mahu mendapatkan penjelasan selanjutnya juga boleh ke pejabat tersebut sekali gus meningkatkan kefahaman mereka.
“Langkah ini bertujuan mengelakkan mereka terlibat dengan perbuatan yang boleh menjejaskan pegangan agama,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Negeri Johor 1444H di Masjid Sultan Ibrahim di sini malam tadi.
Beliau berkata kerajaan negeri masih dalam peringkat kajian tambahan bagi memperhalus sebarang penganjuran persembahan kuda kepang dengan semakan akhir dijalankan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebelum mendapatkan ulasan daripada Jabatan Mufti Johor.
Terdahulu, tular di aplikasi TikTok memaparkan video persembahan kuda kepang dipercayai di negeri ini melibatkan elemen pemujaan dan kerasukan.
Untuk rekod, tarian kuda kepang tradisional mempunyai unsur pemujaan dan kerasukan sudah difatwakan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Johor yang bersidang pada 18 Februari 2009.
Sementara itu, Mohd Fared berkata sebanyak 160 masjid dan 140 sekolah agama di negeri ini akan dipasang dengan kemudahan Wi-Fi percuma pada penghujung bulan ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests