Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MESYUARAT KHAS THAILAND-KEMBOJA BERMULA DI PUTRAJAYA DI TENGAH KETEGANGAN SEMPADAN

DALAM NEGARA

MESYUARAT KHAS THAILAND-KEMBOJA BERMULA DI PUTRAJAYA DI TENGAH KETEGANGAN SEMPADAN

Mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja bermula pada Isnin di Putrajaya dengan matlamat mencapai gencatan senjata serta menghentikan permusuhan di kawasan sempadan yang dipertikaikan.

Mesyuarat itu diusahakan oleh Malaysia menerusi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN, dalam usaha meredakan ketegangan yang semakin memuncak dan memulihkan kestabilan di kawasan sempadan yang terjejas akibat konflik.

Sumber: PMO

PUTRAJAYA: Mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja bermula pada Isnin di Putrajaya dengan matlamat mencapai gencatan senjata serta menghentikan permusuhan di kawasan sempadan yang dipertikaikan.

Mesyuarat itu diusahakan oleh Malaysia menerusi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN, dalam usaha meredakan ketegangan yang semakin memuncak dan memulihkan kestabilan di kawasan sempadan yang terjejas akibat konflik.

Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai tiba di Seri Perdana pada 2.51 petang, diikuti Perdana Menteri Kemboja Hun Manet tidak lama kemudian.

Ketibaan kedua-dua pemimpin disambut oleh Anwar.

Turut hadir pada sesi mesyuarat itu ialah Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard Kagan yang mewakili AS sebagai penganjur bersama dan Duta China ke Malaysia Ouyang Yujing mewakili China sebagai pemerhati.

Pada Jumaat lalu, Anwar menghubungi Phumtham dan Manet secara berasingan, menggesa agar kedua-dua pemimpin segera melaksanakan gencatan senjata dan kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan pertikaian.

Anwar sebelum ini menegaskan bahawa Malaysia sedia membantu dan memudah cara proses ini selaras dengan semangat perpaduan ASEAN dan tanggungjawab bersama.

Kedua-dua negara jiran itu mempunyai sejarah panjang pertikaian diplomatik di sepanjang 817 kilometer sempadan bersama yang belum dimuktamadkan.

Ketegangan antara Thailand dan Kemboja meningkat sejak 28 Mei lalu susulan insiden pertempuran tentera kedua-dua negara berhampiran kawasan sempadan yang dipertikaikan di Preah Vihear, yang mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja.

Pertikaian sempadan terus memuncak pada Khamis (24 Julai), dengan pertempuran bersenjata tercetus di sepanjang sempadan utara Kemboja.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading