KAHERAH (Mesir): Akur dengan nasihat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, misi Humanitarian Mission 4 Palestin (HM4P) yang lebih sebulan berada di Jordan dan Mesir, ditangguhkan hari ini atas faktor keselamatan.
Melalui sesi video konferensi dengan anggota misi HM4P semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Menteri Pertahanan menasihatkan anggota misi untuk pulang dahulu ke Malaysia ekoran faktor keselamatan dan keadaan tidak menentu di Gaza.
Perkara itu dikongsikan Ketua Misi HM4P merangkap Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dengan wakil media mengikuti misi solidariti dan kemanusiaan kepada Masjid Al-Aqsa dan warga Palestin di Gaza hari ini.
Misi ditangguhkan ke sehinggalah Pihak Berkuasa Mesir memberikan kelulusan untuk anggota misi HM4P masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.
Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling berterima kasih kepada Kerajaan Mesir, khususnya Presiden Abdul Fatah Al-Sisi di atas kerjasama diberikan bagi memastikan keselamatan anggota misi kemanusiaan dari Malaysia.
“Kelulusan yang diberikan sekarang hanya sampai ke sempadan Rafah, bukannya menolak. Selepas (keadaan keselamatan) reda, InshaAllah kita akan dapat masuk (ke wilayah bergolak Gaza).
“Kita akur dengan keputusan perisikan di sini yang menyatakan Gaza buat masa ini belum selamat untuk kami masuk,” kata Abdul Azeez di sini hari ini.
Misi HM4P bermula 19 Jun lalu dengan tujuan menyatakan solidariti rakyat Malaysia kepada warga Palestin selain menyalurkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan, bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis dan warga Palestin terjejas perang di Gaza pada Mei lalu.
Misi HM4P disifatkan sebagai 65 peratus berjaya selepas ia berjaya menyalurkan sumbangan ke Masjid Al-Aqsa melalui sumbangan kewangan USD200,000 (RM828,000) kepada Tabung Al-Aqsa diuruskan Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Agama Jordan pada 20 Jun lalu.
Sumbangan yang bertujuan membaikpuih, menambahbaik dan memenuhi keperluan berkaitan pengurusan dan penyelenggaraan Masjid Al-Aqsa yang mengalami kerosakan pada Ramadan lalu disampaikan Abdul Azeez kepada Menteri Awqaf dan Hal Ehwal Agama Jordan, Dr Mohammad Al-Khalaileh.
Penyerahan sumbangan dana secara terus kepada Masjid Al-Aqsa itu mendapat pujian Pengerusi Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Umar Fahmi Al-Kiswani yang hadir pada sesi penyerahan sumbangan di Amman (Jordan) dan turut dihadiri Duta Besar Malaysia ke Jordan, Datuk Jilid Kuminding.
Anggota misi HM4P di Kaherah, Mesir.
Pelarian Palestin di Kem Jerash (Kem Gaza) di Jordan turut terima bantuan makanan dari HM4P pada Jumaat lalu.
“Alhamdulillah, sumbangan dana ini akan digunakan sepenuhnya untuk Masjid Al-Aqsa,” kata Sheikh Umar ketika ditemui di Amman.
HM4P juga menyampaikan bantuan makanan kepada 1,000 keluarga pelarian Palestin di enam kem pelarian di Jordan, termasuk Kem Jerash yang juga dikenali sebagai Kem Gaza pada jumaat lalu.
Berbalik kepada Gaza, anggota misi HM4P hanya dibenarkan menghantar sumbangan hingga ke sempadan Rafah oleh pihak berkuasa Mesir atas faktor keselamatan selepas menunggu lebih 30 hari di Kaherah.
Tempoh masa itu termasuk, enam hari pelaksanaan misi kemanusiaan HM4P di Jordan membabitkan sebahagian daripada 17 anggota misi termasuk Timbalan Pengerusi BKUM merangkap Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya; Ketua UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dan Setiausaha Kerja UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Kamarudin Hassan.
“Bantuan tetap disalurkan ke Gaza dengan kerjasama rakan NGO kita di sana (CGM),” kata Abdul Azeez merujuk kepada bantuan makanan yang tetap diagihkan kepada penduduk Palestin di wilayah konflik itu sehari sebelum sambutan Aidiladha walaupun anggota HM4P masih belum dibenarkan masuk ke Gaza.
Bantuan makanan terbabit disalurkan kepada pelaria Palestin di Kampung Badwi di utara Gaza dan Kem Pelarian As-Syati’ di Bandar Gaza.
Penyerahan bantuan makanan HM4P di Kem Pelarian As-Syati’ di Bandar Gaza oleh rakan NGO pada 18 Julai lalu.
“InshaAllah kita akan kembali ke Kaherah untuk masuk ke Gaza selepas menerima kelulusan pihak berkuasa Mesir nanti,” kata Abdul Azeez optimis misi kemanusiaan itu akan berjaya mencapai matlamatnya kelak.
Antara perancangan misi di Gaza membabitkan kerjasama NGO tempatan, termasuk Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dan Universiti Islam Gaza (IUG) adalah program jangka pendek dan panjang bagi membina kapasiti sektor pendidikan dan perubatan membabitkan kerjasama NGO Mercy Malaysia.
Abdul Azeez turut berterima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di atas kepercayaan beliau kepadanya mengetuai misi Palestin dan rakyat Malaysia atas sokongan berterusan.
Serangan rejim Israel ke atas wilayah konflik Gaza yang berakhir dengan gencatan senjata pada 21 Mei lalu menyaksikan kemusnahan harta benda selain mengorbankan lebih 250 warga Palestin, termasuk 66 kanak-kanak.
Media melaporkan lebih 77,000 warga Palestin di Gaza hilang tempat tinggal akibat serangan rejim Israel menyebabkan banyak pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) menghantar misi kemanusiaan ke wilayah konflik itu. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests