MISI PELAYARAN KE GAZA DITANGGUHKAN BERIKUTAN TEKANAN REJIM ZIONIS – FFC
ISTANBUL: Misi pelayaran “Break The Siege: Mission To Gaza 2024” yang dirancang untuk berlepas pada Jumaat (26 April) akan ditangguhkan lagi , berikutan tekanan dari rejim Zionis supaya lesen pendaftaran sebuah kapal utama dalam misi itu, Akdeniz ditarik balik, dakwa Freedom Flotilla Coalition (FFC).
ISTANBUL: Misi pelayaran “Break The Siege: Mission To Gaza 2024” yang dirancang untuk berlepas pada Jumaat (26 April) akan ditangguhkan lagi , berikutan tekanan dari rejim Zionis supaya lesen pendaftaran sebuah kapal utama dalam misi itu, Akdeniz ditarik balik, dakwa Freedom Flotilla Coalition (FFC).
“Freedom Flotilla sedia untuk belayar. Kesemua dokumen diperlukan telah dihantar kepada lembaga pelabuhan dan kargo telah dimuatkan dan sedia untuk pelayaran ke Gaza,” kata FFC dalam satu kenyataan pada Khamis.
Bagaimanapun, FFC berkata ia dimaklumkan bahawa terdapat sekatan pentadbiran yang dimulakan Israel untuk menghalangnya daripada berlepas.
Ïsrael sedang memberi tekanan kepada Republik Guinea Bissau supaya menarik balik pendaftaran atau lesen daripada kapal utama kami – Akdeniz (Mediterranean). Ini mencetuskan satu permintaan untuk pemeriksaan tambahan, ini dari negara kapal itu didaftarkan, yang menangguhkan pelayaran pada 26 April seperti yang dirancang,” katanya.
FFC berkata ini adalah satu lagi contoh Israel menghalang penghantaran bantuan untuk menyelamatkan nyawa kepada penduduk Gaza yang menghadapi kebuluran terancang.
“Berapa ramai lagi kanak-kanak akan mati kerana mulnutrisi dan penyahhidratan disebabkan penangguhan ini dan kepungan berterusan yang perlu dipecahkan?,”soal FFC.
FFC berkata ini bukan kali pertama Israel menggunakan taktik sebegini untuk menghalang kapal-kapal ini daripada belayar.
“Kami pernah mengatasi taktik mereka sebelum ini dan bekerja keras untuk menyelesaikan percubaan terbaharu mereka. Kapal kami sudah memenuhi pemeriksaan yang diperlukan dan kami yakin Akdeniz akan lulus pemeriksaan ini jika tiada campur tangan politik.
“Kami menjangkakan ini akan mengambil masa beberapa hari. Israel tidak akan mematahkan semangat kami untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza,” kata FFC.
Terkini, 18 warga Malaysia ketika ini menyertai masyarakat awam antarabangsa untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza melalui jalan laut dengan menaiki flotila berikutan situasi kemanusiaan yang teruk di rantau itu.
Mereka terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.
Antara pengamal media Malaysia yang menyertai flotila itu ialah penulis yang juga wartawan penyiaran daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof dan jurukamera Bernama TV Mohammad Nulhakim Jailan.
Aktivis dari 30 negara termasuk Malaysia itu kini berkumpul di Istanbul sejak 18 April untuk persiapan akhir sempena misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024” itu.
Tarikh pelayaran asal pada 21 April. Ia kemudian ditunda dua kali kepada 24 April dan 26 April. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.