Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MKT UMNO SETUJU PARLIMEN DIBUBARKAN DALAM MASA TERDEKAT, PRU TAHUN INI

DALAM NEGARA

MKT UMNO SETUJU PARLIMEN DIBUBARKAN DALAM MASA TERDEKAT, PRU TAHUN INI

Keputusan tersebut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam sidang media selepas mesyuarat MKT yang berlangsung di Menara Dato Onn, malam tadi.

Katanya, berdasarkan keputusan tersebut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan mesyuarat berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertanguh akibat pandemik COVID-19 setelah runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana persengketaan dalaman politik sesama mereka.

“Sehubungan itu semua jentera parti setiap peringkat adalah diarahkan untuk memuktamadkan segala persiapan sebelum ini bagi memasuki fasa pembubaran sehingga tarikh PRU15,” katanya hari ini.

Maslan mengulas, UMNO percaya dengan mengembalikan hak rakyat sebuah kerajaan stabil dapat dibentuk bagi memulihkan negara khususnya aspek ekonomi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading