MOHAMMAD ZULHANIF WAKIL MALAYSIA PERTANDINGAN HAFAZAN AL-QURAN ANJURAN TANZANIA

Mohammad Zulhanif Mohd Rosdi

KUALA LUMPUR: Naib Johan Majlis Hafazan Al-Quran Kategori 30 Juzuk Peringkat Kebangsaan Tahun 2020, Mohammad Zulhanif Mohd Rosdi akan membawa nama negara bagi Pertandingan Hafazan Al-Quran secara maya yang dianjurkan oleh negara Tanzania.

Pertandingan disertai Mohammad Zulhanif yang berasal dari Kelantan itu dijadual pada 24 April 2021.

Ia akan bermula pada jam 5.00 pagi hingga 8.00 pagi waktu tempatan.

Pada Majlis Hafazan Al-Quran Kategori 30 Juzuk Peringkat Kebangsaan Tahun 2020, Mohammad Zulhanif berjaya memperoleh markah 95.80 peratus yang melayakkan beliau memperoleh tempat kedua pertandingan tersebut. — AlHijrah Online

Leave a Reply