WAKTU OPERASI BAZAR AIDILFITRI DILANJUTKAN SEHINGGA 2 PAGI

Sumber Gambar: UtusanTV / Abd Razak Aid

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melanjutkan tempoh beroperasi bazar Aidilfitri sehingga jam 2 pagi, yang mula berkuat kuasa esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat telah bersetuju dengan kebenaran tersebut setelah menerima rayuan daripada penjaja-penjaja bazar Aidilfitri.

“Pengunjung-pengunjung bazar Aidilfitri mula keluar selepas solat isyak terutamanya selepas solat sunat tarawih.

“Bila kita membenarkan waktu operasi sehingga jam 12 tengah malam, waktu berniaga mereka terlalu pendek,” katanya.

—AlHijrah Online

Leave a Reply