STATUS RENTAS NEGERI MASIH KEKAL, TIDAK DIBENARKAN

KUALA LUMPUR: Pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan susulan peningkatan jumlah kes positif COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 38 kluster rentas negeri membabitkan 5,471 kes bagi tempoh 20 Disember 2020 hingga 20 April lalu.

“Pada April sahaja, sebanyak tujuh kluster rentas negeri membabitkan 23 kes direkodkan.

“Kluster rentas negeri ini bukan sahaja mengakibatkan penularan COVID-19 kepada Zon Hijau, malah aktiviti seperti pulang ke kampung, menghadiri majlis sosial juga meningkatkan risiko jangkitan kepada golongan rentan seperti warga emas dan kanak-kanak,” katanya.

Ismail Sabri berkata, walaupun keputusan untuk tidak membenarkan aktiviti merentas negeri tidak disukai rakyat, namun langkah tersebut merupakan jalan terbaik bagi mengelakkan negara berdepan dengan gelombang keempat.—AlHijrah Online

Leave a Reply