Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘MOSQUE CARE’ INISIATIF JAWI SANTUNI MASYARAKAT MENERUSI MASJID

DALAM NEGARA

‘MOSQUE CARE’ INISIATIF JAWI SANTUNI MASYARAKAT MENERUSI MASJID

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini melancarkan program ‘Mosque Care’ yang berkonsepkan inisiatif masjid menyantuni masyarakat yang memerlukan.

JAWI dalam kenyataannya memaklumkan, menerusi inisiatif terbaharu itu golongan yang memerlukan akan menerima sumbangan barangan keperluan asas berupa beras, gula, tepung, minyak masak dan lain-lain yang diedarkan di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan.

Program agihan sumbangan itu hari ini dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju.

Beliau juga berkesempatan menyampaikan agihan sumbangan kepada 50 orang penerima dari kalangan asnaf yang terdiri daripada anak kariah masjid tersebut.

Selain Masjid Usamah bin Zaid, program Mosque Care hari ini turut ke beberapa lokasi lain dan telah menyantuni lebih 400 orang asnaf dan golongan memerlukan.

JAWI menjelaskan Mosque Care adalah salah satu inisiatif di dalam Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024 yang dilancarkan Ogos lalu.

Program tersebut juga selaras dengan Misi Musaadah COVID-19 digerakkan sejak Mac lalu bagi meringankan bebanan golongan memerlukan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading