Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CEO BANK RAKYAT UMUM TAMATKAN PERKHIDMATAN

DALAM NEGARA

CEO BANK RAKYAT UMUM TAMATKAN PERKHIDMATAN

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Datuk Rosman Mohamed bakal menamatkan perkhidmatannya dengan bank itu pada 31 Januari 2021.

Bank Rakyat dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Rosman yang akan mula bercuti pada 14 November 2020 sehingga tempoh perkhidmatan beliau tamat juga akan melepaskan semua jawatan lain yang disandang termasuk Ahli Lembaga Pengarah Rakyat Management Services Sdn Bhd, Rakyat Holdings Sdn Bhd dan Yayasan Bank Rakyat berkuat kuasa 14 November 2020.

“Hasrat beliau telah dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah Bank berkenaan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Pada masa yang sama, pelan penggantian telah dirangka untuk pengisian jawatan Ketua Pegawai Eksekutif yang akan diumumkan kelak,” jelas kenyataan Bank Rakyat.

Rosman mula berkhidmat di Bank Rakyat sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 1 April 2019 sebelum beliau dilantik sebagai Pemangku Pengarah Urusan sejak 1 Ogos 2019 dan seterusnya menggalas jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sejak 1 Februari 2020.

Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa 14 November 2020.

Menurut Bank Rakyat, bagi memastikan kepimpinan bank itu kekal berjalan lancar, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan yang merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa 14 November 2020. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading