Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA ORANG SATU KENDERAAN KINI DIBENARKAN

DALAM NEGARA

TIGA ORANG SATU KENDERAAN KINI DIBENARKAN

KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa hari ini tiga orang dibenarkan untuk menaiki kereta bersama di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pun begitu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiga individu tersebut perlu dari rumah yang sama.

“Mesyuarat hari ini mendengar banyak pandangan berkenaan isu bilangan individu yang dibenarkan dalam satu kenderaan.

“Setelah berbincang, sidang khas hari ini membuat ketetapan untuk membenarkan 3 orang dari rumah yang sama dalam satu kenderaan berkuatkuasa hari ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Jelas Ismail Sabri arahan terbaharu itu juga bagi memudahkan pihak polis membuat penguatkuasaan dan selaras dengan jumlah yang dibenarkan bagi kenderaan teksi dan e-hailing.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan hanya dua orang dibenarkan menaiki kenderaan bersama di kawasan PKPB.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading