MOT TELITI WAJIBKAN PEMANDU ADA REKOD KESALAHAN IKUTI KURSUS PEMANDUAN DEFENSIF
Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang meneliti untuk mewajibkan pemandu khususnya yang mempunyai rekod kesalahan atau lesen digantung untuk mengikuti kursus pemanduan defensif.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang meneliti untuk mewajibkan pemandu khususnya yang mempunyai rekod kesalahan atau lesen digantung untuk mengikuti kursus pemanduan defensif.
Menteri berkenaan Anthony Loke berkata kementerian meneliti penambahbaikan kurikulum sedia ada dengan tumpuan terhadap aspek kemahiran sebenar serta teknik mengelak kemalangan berbanding hanya fokus untuk lulus ujian lesen semata-mata.
“Ini satu pendekatan baharu yang kita nak bawa supaya nak wajibkan ataupun nak menggalakkan mereka (pemandu) yang ada kes-kes lesen digantung dan sebagainya. Kita nak mereka untuk balik kepada kursus pemanduan defensif ataupun mengambil kursus bagaimana memandu dengan lebih berhemah dan mengelak daripada kemalangan,” katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai cadangan semakan semula kurikulum latihan ujian lesen motosikal pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Loke berkata Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pendidikan bersetuju melaksanakan intervensi lebih bersasar terutama dalam kalangan pelajar sekolah yang menunggang motosikal ke sekolah hasil Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya pada 20 Jan lepas.
Beliau juga berkata Program MyLESEN B2 yang menawarkan latihan percuma kepada golongan B40 secara am sebelum ini akan disasarkan kepada sekolah menengah bagi memastikan pelajar yang menunggang motosikal mendapat latihan formal dan berstruktur, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan akibat kurang pengalaman dan latihan menunggang.
“Selain itu, MOT yang sebelum ini memperuntukkan pertukaran topi keledar percuma juga akan menyusun semula program ini untuk menyasarkan pelajar-pelajar sekolah yang menunggang motosikal.
“MOT juga melaksanakan inisiatif Zon Sekolah Selamat yang menyokong dasar had laju 30 kilometer sejam di kawasan sekolah melalui penambahbaikan infrastruktur keselamatan seperti papan tanda had laju dan pelapor jalan raya serta reka bentuk jalan yang memperlahankan kelajuan kenderaan di depan sekolah,” katanya.
Loke berkata penunggang motosikal mencatatkan 66.4 peratus jumlah mangsa kemalangan maut pada tahun lepas dengan kumpulan umur 16 hingga 30 tahun menjadi mangsa utama.
Beliau berkata berdasarkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), antara faktor utama kemalangan jalan raya terutama melibatkan motosikal adalah tingkah laku berisiko, interaksi trafik bercampur antara kenderaan berat dan motosikal, kurang kemahiran menunggang secara selamat serta tahap kesedaran keselamatan rendah.
Loke menjawab soalan asal Datuk Siti Aminah Aching (BN-Beaufort) mengenai punca utama peningkatan kemalangan jalan raya di Malaysia terutamanya melibatkan penunggang motosikal dan langkah yang diambil untuk menangani masalah itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked