MRSM BERBAYAR TAK GUNA PERUNTUKAN KERAJAAN, BUKAN ATAS TANAH UNTUK RAKYAT MISKIN
KUALA LUMPUR: Cadangan mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar kepada golongan berkemampuan tidak akan melibatkan peruntukan daripada kerajaan, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. — BERNAMA
KUALA LUMPUR: Cadangan mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar kepada golongan berkemampuan tidak akan melibatkan peruntukan daripada kerajaan, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan.
Ahmad Zahid juga memberikan jaminan MRSM berbayar berkenaan tidak akan didirikan di atas tanah Mara yang dikhususkan untuk manfaatkan rakyat miskin.
“Kita akan bekerjasama dengan beberapa pihak menggunakan jalinan pintar (smart partnership) untuk pembinaannya,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PH-Muar) sama ada kerajaan akan menggunakan tanah Mara yang dikhususkan kepada rakyat miskin dan B40 bagi persekolahan anak-anak untuk golongan T20 dan M40.
Menurutnya MRSM berbayar itu boleh dilaksanakan dengan mengambil contoh pelaksanaan Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka.
“Atas pengalaman peribadi saya, saya telah menubuhkan Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab tanpa sesen pun peruntukan daripada kerajaan. Saya telah melakukannya dan sekolah itu telah berjalan selama 11 tahun,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata cadangan mewujudkan MRSM berbayar tersebut ekoran permintaan tinggi kemasukan ke MRSM iaitu 300 peratus daripada kapasiti sedia ada.
“Kita telah melakukan kajian kebolehlaksanaan dan mendapati ramai pelajar-pelajar berkelayakan untuk memasuki MRSM dari segi akademik tetapi tidak layak dari segi ‘bracket’ pendapatan ibu bapa mereka terutama kumpulan T20 dan M40.
“Salah satu syarat kemasukan (MRSM) ialah keutamaan kepada kumpulan B40,” katanya menambah terdapat juga terlalu banyak permintaan daripada alumni MRSM yang mahukan anak-anak mereka memasuki institusi itu.
Justeru, beliau berkata Mara akan membuka ruang seluas-luasnya bagi anak-anak golongan berkenaan memasuki MRSM tanpa berkompromi dari segi kualiti dan kelulusan minimum akademik.
Menjawab mengenai aduan kos tersembunyi di MRSM sedia ada seperti pembelian baju bagi program tertentu di sekolah yang dibangkitkan Syed Saddiq, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau akan bertemu pengerusi persatuan ibu bapa dan guru MRSM bagi mencari jalan agar pelajar golongan B40 tidak terbeban dengan perkara berkenaan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests