MUHAMMAD SYAHRUL BUKTIKAN PELAJAR TAHFIZ MAMPU RAIH KEPUTUSAN SPM CEMERLANG
Demi mengejar cita-cita menjadi jurutera, seorang pelajar tahfiz nekad mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada usia 21 tahun dan ternyata usaha itu membuahkan hasil apabila berjaya mencatatkan keputusan cemerlang 9A.
MELAKA: Demi mengejar cita-cita menjadi jurutera, seorang pelajar tahfiz nekad mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada usia 21 tahun dan ternyata usaha itu membuahkan hasil apabila berjaya mencatatkan keputusan cemerlang 9A.
Pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Rabiatul Adawiyah, Bukit Katil di sini, Muhammad Syahrul Sa’aban berkata walaupun hanya mendapatkan pendidikan akademik secara formal sehingga darjah enam, namun ia bukan halangan dan menganggap kejayaan itu mampu dicapai sekiranya sesuatu dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Muhammad Syahrul yang menghafaz al-Quran sehingga 30 juzuk itu hanya berpeluang mengambil peperiksaan SPM secara persendirian pada tahun lepas selepas berdepan kekangan untuk menduduki peperiksaan itu pada 2020 disebabkan pandemik COVID-19.
“Sebelum ini fokus saya untuk melengkapkan hafazan 30 juzuk dan menghadapi SPM, saya menghabiskan masa belajar serta mengulang kaji pelajaran dalam tempoh setahun 10 bulan.
“Selain itu, saya perlu bijak membahagikan masa untuk mengikuti kelas pengajian agama dan al-Quran supaya hafazan terus mampu diingati,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata beliau juga mengikuti kelas tuisyen selama dua jam setiap hari di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC) Ayer Keroh sebagai persediaan menduduki SPM.
Muhammad Syahrul yang meminati subjek Matematik Tambahan itu berkata bagi memastikan lebih memahami sesuatu mata pelajaran beliau memanfaatkan sepenuhnya penggunaan televisyen, aplikasi YouTube dan Google untuk belajar.
“Saya amat bersyukur kerana sasaran untuk mendapat keputusan seperti ini berjaya dicapai dengan izin Allah kerana sebelum ini saya pernah hampir putus asa dan rendah diri untuk teruskan hasrat mengambil peperiksaan SPM.
“Namun atas dorongan ibu dan pengasas madrasah serta rakan-rakan, hasrat itu diteruskan sehingga saya berjaya mencapai keputusan ini,” katanya.
Muhammad Syahrul yang belajar dalam aliran sains berhasrat menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di Jepun atau Jerman sekiranya diberi peluang.
Keputusan itu diharap dapat mengubah pandangan skeptikal segelintir masyarakat terhadap kemampuan pelajar tahfiz untuk turut berjaya dalam bidang akademik.
“Alhamdulillah dengan segala usaha serta pengorbanan selama ini akhirnya membuahkan hasil dan kejayaan bukan sahaja hadiah untuk diri sendiri malah keluarga serta warga madrasah di sini,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager