SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid
Yusof diminta untuk memberi penjelasan mengapa syarikat tujuan khas
(SPV) yang memegang sejumlah aset Lembaga Tabung Haji diuruskan oleh
salah satu syarikat milik Menteri Kewangan (MOF) (Diperbadankan),
Prokhas Sdn. Bhd yang didakwa diketuai orang bukan Islam.
Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim berkata, penjelasan tersebut amat
penting memandangkan ia melibatkan aset orang Islam berjumlah RM19
bilion.
“Tindakan tersebut menunjukkan bahawa menteri yang
bertanggungjawab menjaga Tabung Haji tidak ada kemampuan untuk
menunjukkan bahawa umat Islam berkemampuan untuk mengatasi
masalah-masalah yang timbul dalam agensi itu.
“Mengapa perlu serahkan kepada kementerian lain yang kita tidak tahu bagaimana agenda mereka untuk susun atur semula pengurusan Tabung Haji yang sekarang kita dengar sedang mencairkan aset-aset yang ada untuk dijadikan tunai dengan alasan kerugian,” katanya kepada Sinar Harian, semalam
Mengulas lanjut, Awang berkata, Tabung Haji sepatutnya menubuhkan ‘task force’ untuk melihat semula pengurusan anak-anak syarikatnya tanpa perlu menyerahkan kepada kementerian lain.
“Tiba-tiba hari ini kita dimaklumkan bahawa SPV telah dikawal selia oleh anak syarikat di bawah MOF yang mana hari ini tersebar bahawa ia diketuai oleh orang bukan Islam.
“Kita tidak ada masalah dengan itu (diuruskan orang bukan Islam) dan kita tidak nafikan kepakarannya namun tanpa roh Islam, bagaimana beliau mampu menjaga hak dan keperluan orang Islam,” katanya.
Beliau turut berkata, sebagai seorang menteri, perlu mempunyai kefahaman dan roh untuk menjaga harta umat Islam bukannya hanya bergantung kepada kepandaian semata-mata.
“Adakah menteri tidak mampu menubuhkan sebuah syarikat yang sepatutnya di bawah menteri agama untuk melihat kembali kelemahan-kelemahan yang ada dalam Tabung Haji.
“Pada masa sama, kita juga boleh melantik orang Islam yang mempunyai kepakaran untuk melihat masalah yang timbul dan seterusnya memperbaiki dan memulihkan permasalahan yang timbul,” katanya. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked