Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MURID TAHUN SATU DIMASUKKAN KE HOSPITAL CEDERA DIPUKUL DI KANTIN SEKOLAH

DALAM NEGARA

MURID TAHUN SATU DIMASUKKAN KE HOSPITAL CEDERA DIPUKUL DI KANTIN SEKOLAH

Seorang murid tahun satu sebuah sekolah rendah di Shah Alam, cedera dan dimasukkan ke hospital dipercayai dipukul dua murid lain dua hari lepas.

SHAH ALAM: Seorang murid tahun satu sebuah sekolah rendah di sini cedera dan dimasukkan ke hospital dipercayai dipukul dua murid lain dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa berusia tujuh tahun dipukul oleh dua murid lelaki darjah tiga pada waktu rehat di kantin sekolah terbabit. 

“Mangsa kanak-kanak lelaki warga tempatan dimasukkan ke Hospital Shah Alam pada 15 Okt lepas dan ibu mangsa telah melaporkan kejadian di balai polis pada 9.51 malam hari yang sama. 

“Mangsa kini masih berada di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun pihak polis masih melakukan siasatan dan sedang mengenal pasti kecederaan dialaminya akibat kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohd Iqbal justeru memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Nor Sabryna Mohamma Taha di talian 0145130450.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading