Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUSIM HAJI 1446H: TH MULA ANJUR KURSUS ASAS HAJI 18 OKTOBER INI

DALAM NEGARA

MUSIM HAJI 1446H: TH MULA ANJUR KURSUS ASAS HAJI 18 OKTOBER INI

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mula mengadakan Kursus Asas Haji (KAH) bagi persediaan musim haji 1446H bermula 18 Oktober ini hingga 12 Januari 2025.

KAH merupakan kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal-bakal jemaah haji. – Foto Kamal Syahrizal Ismail / TH

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mula mengadakan Kursus Asas Haji (KAH) bagi persediaan musim haji 1446H bermula 18 Oktober ini hingga 12 Januari 2025.

Menurut TH, jadual kursus tersebut boleh didapati melalui laman sesawang TH, aplikasi THIJARI, dan pejabat TH berdekatan.

Sebahagian bakal haji juga akan menerima mesej jemputan ke KAH melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

KAH merupakan kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal-bakal jemaah haji dan diadakan selama 2 jam 30 minit bagi setiap siri bermula dari bulan Rabi’ul Akhir sehingga Jamadil Akhir setiap tahun.

Ia diadakan di masjid-masjid pilihan di seluruh negara dengan kerjasama jawatankuasa masjid berkenaan (Jabatan Agama Islam Negeri). 

Modul kursus merangkumi pendedahan asas tajuk-tajuk berkaitan ibadat haji, kesihatan dan pengurusan haji di Tanah Air dan Tanah Suci.

Peserta kursus tidak dihadkan kepada bakal haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja bahkan penyertaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading