Nakbah Palestin: Rantaian perancangan licik Zionis

Oleh Rozais al-Anamy

HARI ini 15 Mei, hari kegembiraan puak Zionis menyambut ulangtahun kemenangan mereka menjarah bumi Palestin sejak 71 tahun lalu, merupakan hari malapetaka rakyat Palestin.

Pelarian Palestin selepas peristiwa Nakbah 1948. FOTO INTERNET

Nakbah yang bermaksud malapetaka atau bencana besar itu sangat tepat menggambarkan keperitan jiwa dan hidup rakyat Palestin yang makin dihimpit hari demi hari dengan pelbagai onar Yahudi Zionis sejak tertubuhnya Negara Haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.

Mengimbau sejarah, Nakbah Palestin ini merupakan suatu perancangan dan gerak kerja yang teliti dan licik oleh Yahudi Zionis sejak 50 tahun sebelum berlakunya Nakbah itu sendiri. Mereka berjuang dengan segenap tenaga dan fikiransecara bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Palestin, dan penat-lelah mereka berhasil akhirnya apabila rakyat Palestin semakin terusir dari tanahair sendiri peringkat demi peringkat.

Semuanya bermula dengan sebuah idea penubuhan negara khas Yahudi yang dipelopori Theodor Herzl, seorang warga Hungary yang merupakan pengasas fahaman Neo-Zionisme. Idea tersebut telah dibukukan dalam sebuah buku bertajuk Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada tahun 1896.

Bertitik tolak dari idea tersebut, beliau menubuhkan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) dan membuat persidangan pertama pada 29-31 Ogos 1897 di Basel, Switzerland. Pada hari kedua persidangan suatu kata putus telah dicapai; iaitu menubuhkan rumah orang Yahudi di Palestin dengan jaminan undang-undang awam.

Theodor Herzl

Berbekalkan hasrat itu, beliau tidak berlengah lagi dan menghantar seorang wakil bernama Lewinsky kepada Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1901 untuk mendesak baginda menjual tanah Palestin. Hasratnya gagal kerana baginda adalah sultan yang waras dan bijak menjangka helah Herzl.

“Aku tidak akan menjual walau seinci dari tanah ini (Palestin), kerana tanah ini bukan milikku tetapi milik umat Islam, mereka telah membayar tanah ini dengan darah mereka, dan kami akan menebus tanah ini dengan darah kami,” tegas baginda yang sangat amanah pada agama dan negara.

Tidak mudah kalah, setahun kemudian Herzl pergi sendiri menghadap baginda dengan menawarkan pelbagai imbuhan yang muluk-muluk dan janji manis untuk mempengaruhi baginda dan menjayakan usahanya, termasuklah merasuah baginda sultan.

Kebiadaban tindakan itu ditempelak baginda dengan kata-kata “Jika engkau mahu membeli Palestin, ketahuilah harganya adalah seluruh darah umat Islam.”

Namun Herzl tidak berputus asa. Usaha jahatnya itu diteruskan dengan sejumlah rundingan dengan pelbagai pihak, antaranya adalah raja German, satu-satunya rakan pakatan Kerajaan Uthmaniyyah. Selain itu beliau merancang makar dengan menghasut pemimpin-pemimpin dalaman Uthmaniyyah sehingga berlakunya penggulingan khilafah secara sempurna pada 1924.

Melalui Deklarasi Balfour 1917 pula, ternyata perancangan licik Herzl ini berjaya meraih simpati British untuk menyokong penubuhan negara orang Yahudi di Palestin. Deklarasi yang disiarkan secara umum pada 9 November 1917 dan menjadi kenyataan rasmi dasar kerajaan British merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa.

Theodor Herzl juga didokong Yahudi seluruh dunia. Mereka bersatu-padu dalam mewujudkan negara haram ini secara terancang. Plot bersambung dengan sebuah ‘drama’ tragedi Holocaust, satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada Perang Dunia Kedua.

Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara haram tersebut. Cita-cita besar mereka mewujudkan Israel Raya ingin dilaksanakan secepat mungkin.

Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Kebanjiran mereka mengakibatkan perubahan demografi tanah Palestin di mana pada asalnya seramai 55,000 orang Yahudi meningkat mendadak kepada 646,000 orang pada tahun 1948.

Kebanyakan mereka berkhidmat menjadi tentera tentera bawah tanah seperti Haganah, Irgun dan Stern yang di tugaskan untuk memusnahkan kampung kampung penduduk asal Palestin bagi memudahkan laluan untuk membina sebuah Negara Haram Israel.

Anehnya, penubuhan negara haram ini bukan sahaja disokong kerajaan British, tetapi juga mendapat restu dan PBB. Pada 29 November 1947 sidang pleno PBB telah mengeluarkan ‘ketetapan 181’ yang mengakibatkan 2/3 tanah negara Palestin telah dibahagikan kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Kesan peristiwa ini menyebabkan penduduk Palestin terus dinafikan hak untuk bersuara. Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4,500 tahun lamanya.

Akhirnya pada 14 Mei 1948, idea Herzl ini menjelma realiti. Yahudi Zionis dengan angkuhnya telah membuat pengumuman penubuhan negara Israel dan secara rasminya pada 15 Mei 1948, negara haram Israel telah diisytiharkan. British telah mengundurkan tenteranya dari Palestin selepas pengisytiharan itu berlaku.


Seorang warga Palestin berdiri mengadap sebuah sekolah di kem pelarian 1948. FOTO INTERNET

Pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis pun mula bertindak kejam mengusir lebih daripada 60% rakyat Palestin iaitu lebih kurang 800,000 ke luar negara manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Dalam masa 50 tahun, idea Herzl berjaya menukar hidup aman dan selesa rakyat Palestin di tanah air sendiri yang subur kepada sebuah kehidupan ngeri. Status pelarian bertukar kepada sebahagian rakyat Palestin yang sehingga kini terpaksa bergantung bantuan kemanusiaan daripada negara-negara jiran.

Selama 71 tahun hidup dalam penderitaan, jumlah warga emas yang sempat menyaksikan perancangan licik penubuhan negara haram itu semakin berkurang tahun demi tahun.

Bagi yang masih panjang umurnya, mereka saban tahun dihimpit sebak dan duka atas sambutan ulangtahun malapetaka terancang itu oleh Yahudi Zionis yang terus berpesta menyanjung idea pelopor negara haram mereka.

Seorang warga Palestin kelihatan sedang berdoa di celah himpunan manusia di Baitulmaqdis. – GAMBAR HIASAN. FOTO AL-QUDS FOUNDATION

Sebagaimana tulisan Ahmed Abu Artema, wartawan Palestin dan juga aktivis keamanan, kunci rumah generasi lama yang diusir rejim Zionis diserahkan turun-temurun kepada generasi muda. Ia bukti bahawa niat perjuangan mereka menuntut kembali tanah tumpah darah mereka tidak pernah pudar dari jiwa mereka.

Mereka terus bermati-matian mempertahankan baki tanah Palestin yang belum berjaya dijarah. Kata-kata semangat daripada Sultan Abdul Hamid II terus bergema dalam jiwa mereka, menjadi nadi untuk berjihad melawan petualang agama di tanah air tercinta.

Kita tidak pasti, pada generasi manakah kunci ini boleh digunakan untuk membuka semula pintu rumah masing-masing. Namun yang pasti, suatu hari nanti Yahudi Zionis ini akan huru-hara menyembunyikan diri di celah-celah pohon Gharqad setelah semua batu bersuara menghalau mereka.

*ROZAIS AL-ANAMY adalah penulis sastera dan penulis bebas di akhbar, majalah dan portal di Malaysia.

PENAFIAN:
Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.

Leave a Reply