“Apabila saya menghantar gas, ada yang tanya awak perempuan larat ke angkat tong gas. Saya senyum dah teruskan kerja. Zaman ini kita tidak boleh memilih kerja, asalkan halal dan ada minat kita buat sahaja.”
Peniaga Gas, Saparisah Abdul Rahman, 57, (kanan) sedang sibuk menyusun tong gas ketika ditemui di kediamannya di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan II. –fotoBERNAMA
IPOH: Bukan calang-calang kudrat yang ada pada diri nenek berusia 57 tahun ini apabila mampu mengangkat dan menghantar tong gas berisi petroleum cecair (LPG) dari rumah ke rumah hanya dengan menaiki motosikal demi kelangsuang perniagaan yang menjadi mata pencariannya sejak lebih 15 tahun lepas.
Saparisah Abdul Rahman berkata tiada istilah rehat atau penat dalam kamus hidupnya untuk membuktikan bahawa wanita juga mampu melakukan pekerjaan itu, yang lazimnya jadi ‘hak milik’ lelaki.
“Saya terdetik untuk memulakan perniagaan ini selepas melihat adik saya mengusahakannya. Kerja saya bukan sekadar menjual malah mengangkat, menghantar dan memasang tong gas di rumah pelanggan.
“Semasa mula berniaga pada 2004, memang rasa tidak yakin untuk angkat tong gas seberat 12 dan 14 kilogram, tapi lama-kelamaan jadi terbiasa walaupun sakit pinggang semua ada,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan II di sini.
Nenek kepada 16 cucu itu, yang selesa disapa Kak Zah berkata dengan menggunakan motosikal, beliau mampu membawa tiga tong gas pada satu-satu masa bagi memenuhi tempahan pelanggan di sekitar Taman Meru hingga Silibin dari kediamannya yang terletak kira-kira 15 minit dari pusat bandar raya.
Menurut Saparisah walaupun ramai sedia maklum bahawa mengangkat dan menghantar gas adalah pekerjaan lelaki, beliau memilih untuk memekakkan telinga dan terus melihat ke depan demi membantu keluarga.
“Apabila saya menghantar gas, ada yang tanya awak perempuan larat ke angkat tong gas. Saya senyum dah teruskan kerja. Zaman ini kita tidak boleh memilih kerja, asalkan halal dan ada minat kita buat sahaja.
“Sebelum ini, saya pernah kerja sebagai pembuat pasu di kilang di Jalan Kuala Kangsar, tetapi selepas kilang tersebut tutup saya rasa bosan dan ingin mencari rezeki bagi membantu suami,” katanya.
Ibu kepada enam cahaya mata itu berkata beliau memilih untuk berniaga gas kerana dapat menikmati gaji secara harian.
“Sehari saya dapat jual 30 hingga 40 tong gas, paling banyak 50 tong. Saya seronok kerana dapat duit tunai setiap hari untuk dijadikan modal pusingan. Jika kerja kilang, perlu tunggu sebulan baru dapat duit,” ujarnya.
Menceritakan cabaran yang dihadapi sepanjang berniaga, Saparisah berkata antara yang menyedihkan apabila stor penyimpanannya kerap dipecah masuk dan banyak tong gas dicuri.
“Satu tong gas RM128, mungkin bagi orang lain nilai itu tidak seberapa tapi bagi peniaga kecil seperti saya ia mahal dan terpaksa tanggung kerugian,” katanya yang turut dibantu Amanah Ikhtiar Malaysia bagi membangunkan perniagaannya.
Walaupun pernah dicadangkan agar berehat dan menyerahkan tugas kepada anak-anaknya, wanita itu tetap memilih untuk terus bekerja dek kerana minat yang mendalam.
“Setakat ini memang tidak terlintas dalam fikiran untuk berhenti jual gas, saya seronok kerana dapat jumpa rakan-rakan sambil menghantar gas,” katanya
Sementara itu, sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memilih ‘KASIH Wanita’ sebagai tema sambutan pada kali ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager