NOR AQILAH MULA SEDAR, BERI REAKSI

GEORGETOWN: Nor Aqilah Mohd Safwan, satu-satunya mangsa yang terselamat dalam insiden kebocoran gas karbon monoksida dalam sebuah kereta yang diparkir di sebuah stesen minyak, lapan hari lalu telah sedar daripada koma, petang semalam.

Dia mula memberikan reaksi dan mengenali anggota keluarga yang melawatnya.

Memetik Sinar Online, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, Nor Aqilah, 21, sebelum ini dikomakan untuk tujuan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur.

“Aqilah sudah sedar daripada koma dan mengangguk kepala tanda kenal ahli keluarga yang datang melawat.”

ACP Shafee Abdul Samad, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT)

Keadaan Aqilah juga stabil sewaktu sedar namun masih dalam pemantauan rapi pasukan perubatan hospital.

Dalam kejadian minggu lalu, tiga daripada empat pelajar sebuah kolej perubatan swasta di Batu Caves maut dipercayai akibat keracunan karbon monoksida apabila mereka tertidur semasa berehat di dalam kereta dengan cermin tingkap tertutup. – AlHijrah Online / Ardi Herman Mohd Mardzi

Leave a Reply