Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LEBIH 2.5 TAN AYAM SEJUK BEKU DIRAMPAS, STATUS HALAL DIRAGUI

DALAM NEGARA

LEBIH 2.5 TAN AYAM SEJUK BEKU DIRAMPAS, STATUS HALAL DIRAGUI

RANTAU PANJANG: Lebih 2.5 tan bersamaan 2,570 kilogram ayam sejuk beku bernilai RM70,840 disyaki diseludup dari Thailand dirampas Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7).

Rampasan dibuat di Pengkalan Haram Jitong, Pasir Mas.

Pegawai Pemerintah PGA7, Superitendan Azhari Nusi berkata, rampasan dibuat kira-kira jam enam pagi semalam, ketika anggotanya terserempak dengan sekumpulan lelaki yang sedang memunggah kotak bungkusan dari perahu ke beberapa kenderaan.

Menurut Azhari, ketika rondaan menghampiri kawasan pemunggahan itu, kesemua suspek telah melarikan diri ke negara jiran menggunakan perahu.

“Sepasukan anggota polis telah membuat pemeriksaan mendapati sebuah kenderaaan jenis Pajero Mitsubishi dan van Nissan Vanette berada di kawasan tersebut tanpa pemandu.”

Ayam sejuk beku itu dipercayai diproses di wilayah Pranchinburi, Thailand dan diseludup untuk dijual di pasaran tempatan.

Suspek dipercayai membawa masuk ayam sejuk beku ini secara haram bagi mengelak daripada membayar cukai.

Ia juga dapat dijual dengan harga yang lebih murah, walaupun jaminan keselamatan dan kebersihan diragui.

Azhari berkata, walaupun bungkusan makanan tersebut mempunyai cop halal dari pihak berkaitan di Thailand, namun status halal produk itu diragui.

Kesemua barang rampasan dibawa ke Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk tindakan selanjutnya.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun, atau, kedua-duanya sekali. – AlHijrah Online / Nik Mahadi Nik Hassan / Faez Baderolhesam


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading