OP GLOBAL: TIGA PEMBANTU PELAJAR MADRASAH MENGAKU TIDAK BERSALAH LAKUKAN AMANG SEKSUAL
Tiga pembantu pelajar sebuah madrasah di Kuala Pilah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 14 pertuduhan melakukan amang seksual terhadap lima kanak-kanak pada 2022 dan 2023.
Tiga pembantu pelajar sebuah madrasah di Kuala Pilah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 14 pertuduhan melakukan amang seksual terhadap lima kanak-kanak pada 2022 dan 2023.–fotoBERNAMA
SEREMBAN: Tiga pembantu pelajar sebuah madrasah di Kuala Pilah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 14 pertuduhan melakukan amang seksual terhadap lima kanak-kanak pada 2022 dan 2023.
Muhammad Habib Noh Mohd Zairi, 21, Muhammad Khunais Fathie Khabil, 20, dan Ahmad Nadzful Izham Azizan, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Muhammad Habib Noh berdepan lima pertuduhan termasuk satu pertuduhan iaitu membuat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun melakukan sentuhan fizikal secara seksual terhadap dirinya iaitu kesalahan di bawah Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKKSTKK 2017).
Dia juga didakwa melakukan sentuhan seksual fizikal terhadap dua lagi kanak-kanak lelaki berusia sembilan dan 11 tahun, dengan kesemua kesalahan dilakukan di madrasah itu pada 2022 mengikut Seksyen 14 (a) AKKSTKK 2017.
Kesalahan-kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Muhammad Khunais Fathie pula berdepan enam pertuduhan amang seksual dengan melakukan sentuhan seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki yang sama berusia 10 dan 11 tahun di lokasi sama pada tahun lepas.
Ahmad Nadzful Izham juga didakwa dengan tiga pertuduhan yang sama terhadap dua kanak-kanak lelaki lain berusia 10 tahun di lokasi sama antara Jun hingga Disember tahun lepas.
Kesalahan berkenaan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 (a) AKKSTKK 2017 yang turut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi mencadangkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan saksi, perlu melapor diri ke balai polis setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tertuduh boleh dihubungi pihak berkuasa pada bila-bila masa.
Bagaimanapun, bapa kepada Muhammad Habib dan Muhammad Khunais Fathie serta abang Ahmad Nadzful Izham yang menjamin mereka memohon jaminan rendah dikenakan atas alasan tidak mampu membayar jaminan tinggi.
Hakim Surita kemudian membenarkan kesemua tertuduh dijamin RM12,000 bagi setiap pertuduhan serta syarat tambahan yang dikemukakan Nurul Balkis, selain penjamin perlu memastikan tertuduh hadir ke mahkamah.
Mahkamah menetapkan 30 Okt ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tiga suspek kes liwat yang ditahan dalam Op Global baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.
Minggu lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISB Holdings dan menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur setahun hingga 17 tahun. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.