Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

OPERASI LRT, MRT DAN MONOREL DILANJUT HINGGA 1.30 PAGI SABTU INI

DALAM NEGARA

OPERASI LRT, MRT DAN MONOREL DILANJUT HINGGA 1.30 PAGI SABTU INI

Bagi memenuhi keperluan warga kota yang ingin membuat persiapan akhir untuk menyambut Aidilfitri, beberapa stesen rel terpilih akan dilanjutkan waktu operasinya sehingga pukul 1.30 pagi pada Sabtu (15 April) ini.

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Bagi memenuhi keperluan warga kota yang ingin membuat persiapan akhir untuk menyambut Aidilfitri, beberapa stesen rel terpilih akan dilanjutkan waktu operasinya sehingga pukul 1.30 pagi pada Sabtu (15 April) ini.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan stesen terlibat bagi Aliran Transit Ringan (LRT) laluan Ampang atau Sri Petaling ialah stesen Masjid Jamek manakala laluan LRT Kelana Jaya ialah Masjid Jamek dan KLCC.

Bagi laluan Monorel pula, melibatkan stesen Bukit Bintang, Raja Chulan, Medan Tuanku dan Chow Kit sementara Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang hanya di stesen Bukit Bintang.

Perkhidmatan bas perantara LRT 11 turut dilanjutkan bagi membolehkan pengguna mengakses ke stesen-stesen berkenaan susulan penutupan enam stesen LRT Laluan Ampang atau Sri Petaling.

“Stesen sambungan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir manakala stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

“Warga kota disaran menggunakan pengangkutan awam hujung minggu ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dalam pusat bandar,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Penumpang juga diminta menggunakan kad Touch ‘N Go atau membeli token perjalanan pulang lebih awal untuk memudahkan perjalanan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading