HUKUMAN KONTRAKTOR CEDERAKAN DUA BAPA SAUDARA DIKURANGKAN KEPADA 10 TAHUN, ENAM SEBATAN
Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengurangkan tempoh hukuman penjara seorang kontraktor kepada 10 tahun dan enam kali sebatan bagi dua kesalahan menyebabkan kecederaan parah kepada dua bapa saudaranya.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengurangkan tempoh hukuman penjara seorang kontraktor kepada 10 tahun dan enam kali sebatan bagi dua kesalahan menyebabkan kecederaan parah kepada dua bapa saudaranya.
Nik Muhammad Syafir Mat Rof, 29, sebelum ini dihukum penjara 12 tahun dan lima kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen bagi setiap kesalahan.
Bagaimanapun, dia diperintah menjalani hukuman itu secara serentak.
Mahkamah Tinggi telah mengekalkan sabitan serta hukuman Nik Muhammad Syafir dan tertuduh kemudian mengemukakan rayuan terhadap hukuman.
Pada prosiding hari ini, panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Nik Muhammad Syafir.
Hanipah, yang menyampaikan keputusan mahkamah, berkata hukuman penjara dan sebatan yang dikenakan terhadap tertuduh adalah keterlaluan.
Pada 30 April 2019, Mahkamah Sesyen mendapati Nik Muhammad Syafir dan sepupunya, Muhamad Pazir Yahya, 41, juga seorang kontraktor, bersalah atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap Nik Rosdi Abdullah, 43, dan Nik Rohimi Abdullah, 27.
Nik Rosdi adalah seorang pemandu bas manakala Nik Rohimi bekerja sebagai tukang rumah.
Menurut fakta kes, kedua-dua tertuduh bersama enam lagi telah menyerang Nik Rosdi dan Nik Rohimi menggunakan pedang, batang besi serta kayu di Kampung Gong Pasir, Daerah Pasir Putih, Kelantan pada 5 petang 20 Sept 2017.
Mahkamah Rayuan turut mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhamad Pazir yang gagal hadir pada prosiding hari ini dan memerintahkan penjaminnya mengemukakan alasan munasabah berhubung perkara itu.
Mahkamah kemudian menetapkan 22 Mei untuk sebutan semula bagi kes waran tangkap itu.
Terdahulu, peguam Cheah Poh Loon yang mewakili Nik Muhammad Syafir memohon agar hukuman tertuduh diringankan kerana insiden itu turut membabitkan individu lain yang masih bebas dan mendakwa mereka menyerang kedua-dua mangsa akibat salah faham.
Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamuddin Abdul Rahman pula memohon mahkamah mengekalkan hukuman penjara 12 tahun kerana kecederaan yang dialami mangsa adalah serius.
Beliau turut merujuk kes Azman Bin Din melawan Pendakwa Raya yang menyaksikan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM10,000 bagi kesalahan serupa.
Muhamad Pazir diwakili peguam Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests