KANAK-KANAK PEREMPUAN MELECUR 46 PERATUS KETIKA BERMAIN BUNGA API
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun melecur 46 peratus pada bahagian anggota badannya dipercayai akibat disambar api ketika bermain bunga api di hadapan rumahnya di Kampung Senara, Kubur Panjang di sini, Selasa lepas.
PENDANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun melecur 46 peratus pada bahagian anggota badannya dipercayai akibat disambar api ketika bermain bunga api di hadapan rumahnya di Kampung Senara, Kubur Panjang di sini, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Pendang DSP Arriz Sham Hamezah berkata kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam semasa Nur Zatil Hidayah Mohd Tarmizi bermain bersama dua abangnya yang masing-masing berumur tujuh dan 10 tahun.
“Pihak polis menerima panggilan pada 2.45 pagi daripada doktor di bahagian kecemasan, Hospital Pendang memaklumkan kejadian menimpa kanak-kanak itu yang terbakar pada bahagian anggota badan sebanyak 46 peratus akibat (dipercayai) terkena mercun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Arriz Sham berkata ibu bapa mangsa mendengar teriakan kanak-kanak perempuan itu secara tiba-tiba dan kemudian mereka mendapati api sedang membakar tubuh anak mereka yang dipercayai terkena pelita api yang dipasang di hadapan rumah ketika cuba mencucuh api pada bunga api itu.
Katanya, ibu bapa mangsa membantu memadam api sebelum membawa mangsa ke Hospital Pendang untuk mendapatkan rawatan.
Beliau berkata hasil siasatan lanjut di tempat kejadian, menjumpai cebisan baju dan sebatang kayu pelita api.
“Kedua-dua abang mangsa tidak dapat ditemu bual kerana masih dalam keadaan trauma akibat kejadian tersebut. Mangsa kini ditempatkan di Wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar),” katanya.
Arriz Sham berkata doktor tidak dapat menentukan punca kecederaan mangsa setakat ini sama ada disebabkan minyak pelita atau bunga api dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked